Followers

Wednesday, August 12, 2015

Sedekah dan Cik Pah






..donut cik pah...terbalik plak gambar ni..ish..

Sejak semalaman hujan turun dengan lebat
Pagi ini juga gerimis mengundang di subuh hari
Sejuk sampai ke tulang
Pagi ini juga ada jamuan raya di base camp
Semua kena bawa potluck
Aku tempah kek coklat dan kek horlick ngan Ngah
Mujur beliau sanggup amik order
Hehe..lagipun aku nak tolong business kecil kecilan ngah tu

Singgah di rumah mak sebab ngah duduk situ sementara untuk jaga abah
Sebelum tu sempat singgah gerai nasi lemak cik pah yang juga kenalan arwah mak
Lama aku tak singgah sebab kedudukan yang agak jauh dari rumah 
Sampai saja pondok kayu cik pah, terus dia menyapa

"lama kau tak datang..seronok ker duduk sana"
" tak la cik..sibuk skit..ni pun nak amik kuih kat umah mak..singgah jap sini" aku sengih
" yer la..lama betul tak nampak..ingat tak nak beli kuih acik..

Nada seakan merajuk. Aku senyum.

Sewaktu arwah mak ada, tiap pagi lepas jogging mesti mak singgah
Beli kuih apam nasi kegemaran mak
Kadang mak beli kuih apam putih bakar
Kadang mak beli juga lempeng sambal ikan bilis pedas berdengung

Aku pesan nasi lemak dua bungkus. Kuih donut..kuih ketayap..dan juga kuih pau
Aku nampak ada lempeng tapi aku tak ambil
Serta merta teringat kat mak..kuih kegemaran mak

"tu kuih lempeng tak nak ker" seakan memahami apa yang tersirat dihati, cik pah bersuara
"tak pe la cik. Dah banyak ni. Berapa semua ya.." 
"RM6.40..

Aku hulur RM7. 

"baki tu acik simpan" ujarku 
"la..tak nak ker.." aku geleng senyum
"keep the change..hihi.." aku gelak
"yer la yerla..mekasih yer" 

Cik pah memang tau kadang kadang aku saja bagi lebih. Bukan aku nak tunjuk tunjuk aku banyak duit tapi..aku ingat lagi cik pah pernah cerita tentang duit dan arwah mak.

Cik pah cakap arwah mak kalau singgah beli kuih, selalu tak ambil duit baki. Mak kata sedekah. 
Nak tolong cik pah dapat duit lebih. aku sebak bila cik pah bagitau.
Mak nak buat saham akhirat rupanya. Patutla bila aku datang nak bayar hutang arwah kalau kalau ada, cik pah tolak. Rupanya mak awal awal lagi tak suka berhutang. Malah lebihkan duit. Baiknya hati mak..jadi mulai saat itu, aku berazam untuk ikut cara mak, lebihkan duit kalau beli barang

Tapi aku tengok tengok jugak dengan siapa aku berurusan.
Kalau setakat cik pah dan peniaga kampung kampung, tak mengapa
Tapi kalau pasaraya pekan atau yang kenakan aku GST, memang takkan aku bayar lebih
Musti kena tuntut baki
Tak nampak rasional dan pentingnya pun cukai yang dikenakan
Malah membebankan 

Sebelum berlalu sempat cik pah usik supaya rajin rajin datang. 
Aku angguk malah bagitau yang jiwa aku ini jiwa desa jiwa kekampungan
mana mungkin aku tak ingat kampung..cuma tak ada duit lebih untuk beli tanah buat rumah kat kampung..huhu..
Aku doakan moga bisness nasi lemak cik pah maju..amin.. 



Monday, August 10, 2015

Rezeki Open House



Pagi pagi dah rasa lain macam
Bukan sakit perut macam aritu..tapi..rasa macam kehilangan sesuatu
Rasa macam dah buat tak betul
Rasa macam bersalah

Aduhai perasaan yang tak bertepi ni..
Aku tau kenapa. Tu pun bila dah kaji dan amati pabila masuk cafe base camp
Ada sorang kakak tu tegur cakap lama tak nampak aku beli sarapan pagi-pagi
Owhh..aku tau dah jawapannya
Minggu minggu sebelumnya kan aku puasa..
Jadi pagi ni bila turun cafe rasa macam eh aku tak puasa...
Padahal tak berdosa pun
Perasaan..memang cam gitula bila dah jadi rutin tiba tiba langgar rutin tu terus jadi macam tak betul
Eh..apa aku merepek ni..

Berangan jer lebih ni..hahaha..
Tapi bila pikir balik, rindu nak alami saat saat puasa sebelum ni
Rasa syahdu..rasa best sangat
Rindu nak berebut beli lauk kat cafe..rindu nak dengar riuh makcik makcik berebut gulai kawah 
..rindu nak dengar dorang merungut que panjang..

Rindu jugak nak rasa suasana bazar ramadhan yang selalu alang bawak
Walaupun dah cakap banyak kali aku tak suka tempat sesak, tapi dia bawak jugak
Konon nak bagi aku tengok macam macam lauk ngan juadah pelik bila ramadhan menjelang tiba
yang tak tahan kesian kan dak kenit buah hati kitaorang tu turut merasai kesesakan
Mujur dorang behave..lagi lagi Nana Nia..elok ajer tengok orang keliling dia

Tapi..yang paling aku RINDU adalah arwah Mak..
Rindu nak rasa sup daging pedas mak
Rindu nak makan biskut gulung kurma mak
Rindu nak pimpin mak bawak pergi terawih masjid
Rindu nak teman mak makan kuih lepas balik terawih masjid
Rindu nak isi kuih raya sama sama dalam balang kaca kegemaran mak
Sangat sangat RINDU MAK...


Aku ingat lagi masa dapat bersama-sama terawih bawak mak dulu dulu, aku selalu jalan depan sekali
Nak balik cepat
Ngah akan pimpin mak perlahan lahan. Masjid pun tak berapa jauh dari rumah
Aku selalu ngelat nak pimpin mak sebab nak tunggu kat pondok cik yah
Telekung pun aku tak bukak sebab rumah dekat jer 
Saja tak nak tanggal sebab aku suka takutkan ucu ngan telekung putih tu
Jadi bila ucu lalu dekat pondok cik yah tu, aku lompat sambil tangan dua dua kat atas 
Lompat lompat macam hantu jerangkung..

Tapi...rupanya sikit pun ucu tak heran
Hooiiiii!!! Dia pulak yang jerit kat aku
Aku apalagi terkejut beruk la menjerit lari
Konon nak takutkan orang, aku pulak yang kena takut
Macam hampeh jer
Padan muka

Tapi semua tu kenangan yang tak akan kembali lagi..
Masing masing pun dah besar ada tanggungjawab sendiri

Eh...banyak dah melalut ni. Yang sebenarnya nak cerita pasal open house minggu lepas..
Kan dah terover tulis
Haish..tak abes abes ke laut

Hujung minggu lalu Hj Din jiran rumah kami buat open house
Sebenarnya dah lewat, tapi masih lagi sudi terima kami sekeluarga
Siap kasi bekalan lauk pauk sebab ada lauk lebih 
Alhamdulillah rezeki datang lewat, segan jugak tapi dorang cukup baik hati
Sempat lagi isteri Hj Din tanya kat aku tahun ni tak buat open house lagi ker

Aku senyum sambil jawab, Maaf kak..tak sempat kot..banyak undangan sampai umah sendiri pun tak terbuat....

Yang sebenarnya aku tak ada kekuatan sebab tiapkali open house, mak mesti datang bagi buah potong potong..
Bila mak tak ada, aku tak ada semangat nak buat walaupun dah kira kira bole jer buat untuk family dekat



Kuih Tart dan kek buah kukus beserta duit raya..terima kasih aji..(bawak bekal g kerja arini)

Wednesday, August 5, 2015

Bagai Nyawa di Hujung Tanduk




Pagi ini memandu dalam keadaan tidak stabil.
Hampir saja nak mc patah balik umah
Tapi iman masih kuat lagi, jadi teruskan juga perjalanan
Sambil tu tekan perut yang memulas mulas macam nak pecah

Demi Allah sakit kali ini memang sakit ya amat sangat
Nak berhenti singgah petronas dah lepas jauh.
Muka berkerut tahan sakit
Berhenti di trafik light sambil gosok perut
Wahai perut janganla buang dalam keta ni..jauh lagi perjalanan
Dalam pada tu tak putus aku sebut Allah...Allah..Allah..

Tiba tiba ada satu kereta betul betul himpit dari kiri nak mencelah potong line
Aishhh..tak bole jadi ni..penat beratur wey..
Aku toleh kereta putih tu, ammoi cina rupanya
Maaf, tak boleh kasi can sebab lu potong wa punya balisan 

Makin berani plak ammoi tu himpit ke depan perlahan-lahan
Kalau aku biarkan, mau terkincit dalam kereta ni
Terpaksa jadi jahat sikit
Lampu trafik light bertukar hijau
Aku terus tekan minyak sambil hon kuat kuat supaya ammoi tu tak potong aku
Alhamdulillah..dia tak berani potong

Kalau potong juga memang nak cari pasal..hew hew hew
dahla nak terkincit, dia plak suka suka ati nak potong barisan

Sepanjang 45 minit atas jalan raya aku hanya mampu doa agar selamat sampai opis
Dan doa sangat agar tak terkincit dalam kereta

Alhamdulillah..Allah makbulkan doa aku
Sampai sudah di parking kereta
Mencicit aku lari ke toilet berdekatan 
Berterabur aku lari dengan baju kurung 
Hilang kesopanan. X apa. Emergency..


Legaaaaaaa selamat melabur akhirnya
Tapi sakitnya, Allah saja yang tahu
Terima kasih Allah, makbulkan doaku agar tak terkincit dalam kereta tadi



Moralnya :      Jangan makan campur campur bila ada open house
                    Jangan tamak ambil makanan. Makan sekadar perlu sahaja
                   (huhu..ya..semalam makan kat open house tak ingat..abes smua aku sumbat..)



Wednesday, July 29, 2015

Nostalgia Biskut Raya




Dulu dulu masa muda remaja suka tangkap gambar makanan termasuklah gambar biskut biskut raya bila beraya

Tapi sejak kamera compactku hilang sewaktu berpindah beberapa tahun lalu, terus berkubur semangat nak ambil gambar

Kamera handphone juga kualiti semakin kurang kerana calar yang amat. Ambil gambar pun macam duduk dalam kabus. Kabur sungguh

Jadi kesempatan beraya bersama abah dan juga adik bongsuku waktu raya yang lalu, aku pinjam kamera handphone beliau.

Adik geleng kepala tengok aku amik gambar biskut raya. Aku bagi alasan, biskut tu cantik tak ada kat umah kita..hee hee..

Tak banyak pun cuma sekeping dua..

Biskut Seroja yang susah nak jumpa. Inti peanut butter


Kek kukus lumut umah pak imam. Semua sedap tak terkata!



Baulu cermai warna warni umah nenek aji tempat aku mengaji kecik kecik




Biskut samprit dahlia..umah nenek aji jugak




Samprit bunga cina new version







Er...sebenarnya banyak lagi kalau nak ikutkan biskut yang aku nak amik. Tapi..tak sempat sebab dak kenit dua orang tu pun sibuk nak enterprem.. Alang tak tau aku snap gamba kuih raya ni. Kalau dia tau mesti geleng kepala tengok perangai pelik aku...


 

Kenangan Menjelang Raya..

Syawal 13. Sekejap ja masa berlalu. Nak update dari puasa aritu pun tak dan. Arini insyaallah puasa lagi. Puasa ganti dah abis, sambung puasa 6. Harap bertahanla sebab dugaan time puasa yang bukan bulan ramadhan ni sangatla banyak  hee..hee..

Syawal kali ni memang sangat berbeza dari tahun sebelumnya. Ya..bila mak tak ada, semuanya berubah sama sekali. Persiapan pun sederhana sahaja. Langsir pun tak tukar, lapik kusyen guna yang lama, juga lapik meja guna yang tahun lepas juga. Hambarnya. Tiada seri. Kuih pun hanya kerepek. Mujur juga aku sempat beli biskut butang or biskut senyum kegemaran arwah mak. Dulu dulu mak selalu buat kuih tu. Isi kacang dalam biskut dan goyang goyang sampaila dia keluar dari acuan dia. Memang klasik cara pembuatannya.

Malam menjelang raya, tugas aku masak kari ayam. Siang tu tolong kak ngah masak rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. K.ngah akan balik beraya di melaka rumah mertua jadi tugas aku pulak masak kari ayam malam tu. Kuantiti yang banyak takut gak nak masak. Satu periuk besar malam tu aku masak. Adik cakap tak sama macam mak masak..kau masak lain. Rasa pun lain..aish..camana nak sama..tu air tangan mak..tapi dia tolong jugak masa aku masak tu. Rajin pulak menolong bujang sorang tu. Sambil masak, sambil teringat mak. Kalau time macam ni mak tak tidur lagi. sibuk kat dapur masak macam macam lauk. Kadang sampai 2 pagi baru mak tidur nak pastikan semuanya siap untuk esok pagi.

Aku tengok adik pun bergenang air mata tapi dia control macho masa kacau kuah kari. Yer...aku tau ko sedih dik..tapi ko tak nak tunjuk kan..Kadang dia buat lawak supaya suasana kat dapur tu tak terus sunyi sepi. Hanya aku dan dia jer yang ada di dapur waktu tu. Alang jaga budak kenit dua orang tu main bunga api. Siap masak, kemas apa yang patut, tengok kuih raya dah siap kat depan ruang tamu tu atas meja jadi dah tak ada apa dah. Esok tinggal panaskan lauk yang dah siap masak. 

Tapi esoknya ada drama tak terduga yang akan aku ingat sampai bila-bila. Haish..nak tegelak pun ada nak marah pun ada..kesian pun ada..nanti kalau sempat aku cerita balik..


Dapat makan ais krim sedap ni...(huh..puasa la.. :)  )





Tuesday, July 7, 2015

Kuih Gunting Mak

Hari ini masuk hari ke 21 ramadhan. Cepatnya masa berlalu dan tinggal berbaki 10 hari saja lagi. Persiapan pun belum buat apa lagi. Betul..memang belum prepare apa pun even sehelai baju raya untuk diri sendiri dan kenit dua orang tu pun belum beli lagi. Tahun ini memang suram dan segala nya belum ready. Tapi insyaallah tunggu hujung minggu ini akan cari juga sehelai dua untuk dua beradik tu. Tunggu alang balik dan cuti. 
Kesibukan alang buat semua nya serba tak lengkap. Lagi pula hari raya nanti alang kena bertugas jadi memang tak meriah lah.Raya kali ni balik umah abah  memandangkan ini kali pertama kami semua beraya tanpa emak. Ya Allah..kuatkan semangat abah dan juga semangat kami adik beradik. Sesungguhnya tak tahu keadaan pagi raya nanti macam mana. Ngah dan kak lang beraya di rumah mertua. Along pula kena kerja. Tinggal aku sorang beraya di rumah abah kali ni. Aku kena kuat. Biasanya pagi raya lepas bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan bergerak jalan kaki menuju rumah paklong dan adik beradik abah. Juga jiran terdekat yang sempat. Tapi tahun ini berbeza. Tak tahu macam mana keadaan tu nanti. 

Semasa arwah mak ada, mak akan jalan perlahan sambil anak anak pimpin gilir gilir memandangkan mata mak kurang jelas. Takut terjatuh bahaya. Nak naik tangga rumah orang pun pun mak akan langkah berhati-hati. Tapi tahun ni mak dah tak ada. Tak ada lagi nak pimpin tangan .Hanya tinggal kenangan. Ya Allah..sebak rasa dada. Kuatkan semangatku ya Allah..Moga mak tenang di sana..


Kerana rindukan masakan arwah mak, aku cuba buat kuih gunting yang juga kegemaran abah. Sebenarnya aku memang tak pandai dan memang tak tahu nak buat kuih tu macam mana. Dulu masa mak ada, aku tukang gunting dan goreng gilir gilir dengan kakak. Bab adun dan uli, mak yang buat. Bila mak tak ada, aku mati kutu. aku tanya ngah, dia jawab buat macam kulit karipap tapi marjerin lebih sikit. Ngah tak sempat nak buat, ko buatla dik. Aku garu kepala. Tengok internet resepi gugle banyak tapi versi mak punya memang tak ada. Ya Allah...tawakkal padamu ya rabbi..

Aku cuba buat 1kg tepung digaul bersama bawang goreng, udang kering marjerin dan sedikit garam. Air secukupnya. Sambil uli sambil teringat kat mak. Terasa seakan mak ada tengok  aku buat. Mula-mula uli macam tak jadi tapi aku teruskan jua. Siap uli, aku tenung adunan tu balik..betul ke ni. Argh..cuba dulu..tak jadi makan je sorang. Er...

Siap canai dan gunting, proses goreng. Smua aku buat sorang. Kalau mak ada mesti mak terharu tengok aku buat kuih kegemaran mak dan abah. Dan..alhamdulillah aku rasa macam jadi. Aku siap pack satu balang untuk bagi abah rasa time buka. Lepas solat asar, singgah umah abah dan bagi balang kuih tu kat abah. Abah diam pandang balang kuih gunting tu. Lepas tu dia letak kat almari.
"Abah rasa la nanti lepas buka ya bah" aku cakap perlahan tahan sebak. Aku tau abah mesti teringat kat mak. Mesti abah tak sangka aku bole buat walaupun rasa tak tau macam mana lagi. Abah angguk.


Lega walaupun sebak. Lepas buka aku terus tepon tanya ngah, ngah cakap abah makan. Tapi ada kurang skit, udang tak banyak. Tapi memang lembut dan rapuh. alhamdulillah..percubaan pertama walaupun tak macam mak buat tapi ada rasa. Next time boleh cuba lagi kalau aku tak sibuk. Apapun, hajat abah nak makan kuih gunting dah dapat aku tunaikan. Walaupun tak sama tak serupa sekurang-kurangnya dapat ubati kerinduan abah pada kuih gunting mak.




Inilah dia kuih gunting versi arwah mak



Wednesday, June 24, 2015

Rezeki Hari Ini

Dalam bulan puasa macam ni, kantin di base camp memang akan buka jualan lauk pauk untuk para ibu dan staff yang tak dapat nak masak untuk buka puasa. Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli nya memandangkan jarak perjalanan balik rumah mengambil masa satu jam lima belas minit. Memang tak sempat nak masak la jawabnya.

Kali ini turun awal sikit nak tengok menu apa yang ada. Sekali tengok, mak aih...ramainya orang..bukan mak mak saja tapi bapak bapak pun ada termasuklah lelaki-lelaki bujang sibuk membungkus makanan. Aku tengok ada sorang pakcik tua kira dalam 40 an la sedang cedok nasi dalam bekas polisterin. Banyak. Beberapa beg plastik berisi lauk juga sudah ada di tangan. Aku perati kan je. Dalam hati berkira-kira juga tak sempat nak masak nasi ke. Awal lagi. Kebiasaannya yang selalu tapau nasi, non muslim saja. Kat tempat aku ni memang ada non muslim. Takkan isteri tak masak kot..ish banyak betul persoalan yang aku pikir. Astaghfirullah..tak baik buruk sangka dalam puasa ni..berdosa.Ya allah..ampunkan dosaku Kurang pahala puasa..Tak apala, bersangka baik saja. Mungkin memang tak sempat kot nak masak nasi.


Dalam keriuhan makcik makcik kat dalam kantin minta plastik untuk isi makanan, aku cepat-cepat menyelit untuk ambil lauk. Kalau lambat nanti habis. Pun berpusu-pusu orang datang. Selesai pilih lauk, terus ke kaunter bayaran. Menu kali ini ikan masak asam rebus seekor, kurma daging dan sotong masak kuning. Juga sikit sup kosong untuk budak budak kenit tu nanti. Jadilah untuk hari ni kira banyak dah tu.

Terpandang satu juadah kuih badak berendam kalau tak silap. Aku pegang yang dah siap pack. Panas lagi. Aduhai..teringin nak rasa. Tapi takut membazir pulak. Kalau beli pun tak apa..(pujuk ati). Lagipun kuih pemanis mulut tak ada lagi ni. Aish..jangan macam macam..nafsu time macam ni memang semua nak. Lantas aku letak balik. Tiba-tiba makcik kantin panggil nama aku, 

"kau makan tak kuih tu" aku sengih. "Makan. Tapi tak pelah esok-esok saya beli la cik. Lagipun dah banyak ni beli. 

"Ha..nah amik ni acik sedekah". spontan makcik kecik tu ambil sebungkus kuih badak berendam tu hulur kat aku. Terkedu aku. "eh..tak pe cik saya...." "..amik...acik ikhlas sedekah. 
Dah, pegi balik." (uiks..macam halau jer hee hee)

Aku keluarkan duit nak bayar direct tapi makcik tu boleh jalan laju tinggalkan aku tak nak duit yang aku nak bayar. Siap geleng kepala tak nak .Aduhai makcik ni..segan aku. Memang dah selalu beli lauk kat kantin tu jadi dia tak berkira. "Lainkali kalu nak bayar, bagitau acik, nanti acik kasi diskaun, kalau dengan pakcik tak dapat.." pesan beliau sebelum aku beredar ucap terima kasih.

Besar sungguh kuasa Allah. Memang aku nak makan pun kuih tu tapi takut bazir (tapi yang betulnya duit gaji belum masuk lagi jadi kena berjimat). Tapi Allah maha pengasih lagi maha penyayang beri rezeki tatkala kita dalam kesempitan dan mendengar setiap doa hamba-hambaNya. Allahuakbar..syukran Ya allah





                                                         Inilah dia kuih badak berendam tu



                                                                      lauk pauk



   
sotong masak kuning






Tuesday, June 23, 2015

Salam Ramadhan Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahimm...


Ramadhan ke enam 2015 pembuka bicara setelah tiga tahun tak dapat buka blog. Alasan yang skeptikal kot..tak tau nak mula dari mana. Tapi dalam kepala dah banyak nak coret dalam blog ni. Rindu yang amat sangat nak berblog macam dulu. Harapnya dapat teruskan walau kekangan masa yang memang punca utama nya

Kalau ikutkan hati mahu saja buat blog baru tapi sayang sebab dalam blog ni pun ada kenangan nya. Jadi..teruskan sajalah. Lagipun bukan untuk apa pun, buat rujukan di masa akan datang. Diakui blog ini memang sunyi sebabnya aku tak banyak kawan-kawan maya hihi..sekadar blogwalking tanpa tinggal komen. Pemalu yer gak.. Tapi tak mengapa, insyaallah akan diperbaiki lagi lagi blog ni dari masa ke semasa insyaallah. Moga-moga blog ni akan hidup macam dulu..amin..