Followers

Wednesday, August 12, 2015

Sedekah dan Cik Pah






..donut cik pah...terbalik plak gambar ni..ish..

Sejak semalaman hujan turun dengan lebat
Pagi ini juga gerimis mengundang di subuh hari
Sejuk sampai ke tulang
Pagi ini juga ada jamuan raya di base camp
Semua kena bawa potluck
Aku tempah kek coklat dan kek horlick ngan Ngah
Mujur beliau sanggup amik order
Hehe..lagipun aku nak tolong business kecil kecilan ngah tu

Singgah di rumah mak sebab ngah duduk situ sementara untuk jaga abah
Sebelum tu sempat singgah gerai nasi lemak cik pah yang juga kenalan arwah mak
Lama aku tak singgah sebab kedudukan yang agak jauh dari rumah 
Sampai saja pondok kayu cik pah, terus dia menyapa

"lama kau tak datang..seronok ker duduk sana"
" tak la cik..sibuk skit..ni pun nak amik kuih kat umah mak..singgah jap sini" aku sengih
" yer la..lama betul tak nampak..ingat tak nak beli kuih acik..

Nada seakan merajuk. Aku senyum.

Sewaktu arwah mak ada, tiap pagi lepas jogging mesti mak singgah
Beli kuih apam nasi kegemaran mak
Kadang mak beli kuih apam putih bakar
Kadang mak beli juga lempeng sambal ikan bilis pedas berdengung

Aku pesan nasi lemak dua bungkus. Kuih donut..kuih ketayap..dan juga kuih pau
Aku nampak ada lempeng tapi aku tak ambil
Serta merta teringat kat mak..kuih kegemaran mak

"tu kuih lempeng tak nak ker" seakan memahami apa yang tersirat dihati, cik pah bersuara
"tak pe la cik. Dah banyak ni. Berapa semua ya.." 
"RM6.40..

Aku hulur RM7. 

"baki tu acik simpan" ujarku 
"la..tak nak ker.." aku geleng senyum
"keep the change..hihi.." aku gelak
"yer la yerla..mekasih yer" 

Cik pah memang tau kadang kadang aku saja bagi lebih. Bukan aku nak tunjuk tunjuk aku banyak duit tapi..aku ingat lagi cik pah pernah cerita tentang duit dan arwah mak.

Cik pah cakap arwah mak kalau singgah beli kuih, selalu tak ambil duit baki. Mak kata sedekah. 
Nak tolong cik pah dapat duit lebih. aku sebak bila cik pah bagitau.
Mak nak buat saham akhirat rupanya. Patutla bila aku datang nak bayar hutang arwah kalau kalau ada, cik pah tolak. Rupanya mak awal awal lagi tak suka berhutang. Malah lebihkan duit. Baiknya hati mak..jadi mulai saat itu, aku berazam untuk ikut cara mak, lebihkan duit kalau beli barang

Tapi aku tengok tengok jugak dengan siapa aku berurusan.
Kalau setakat cik pah dan peniaga kampung kampung, tak mengapa
Tapi kalau pasaraya pekan atau yang kenakan aku GST, memang takkan aku bayar lebih
Musti kena tuntut baki
Tak nampak rasional dan pentingnya pun cukai yang dikenakan
Malah membebankan 

Sebelum berlalu sempat cik pah usik supaya rajin rajin datang. 
Aku angguk malah bagitau yang jiwa aku ini jiwa desa jiwa kekampungan
mana mungkin aku tak ingat kampung..cuma tak ada duit lebih untuk beli tanah buat rumah kat kampung..huhu..
Aku doakan moga bisness nasi lemak cik pah maju..amin.. 



No comments:

Post a Comment