Followers

Tuesday, June 26, 2012

Rajin ker..

Hari ni bertugas kaunter lagi. Agak ramai student yang memenuhi ruang di depan kaunter ni. Mungkin intake baru rasanya. Kemas bertali leher dan pelajar perempuan pula sopan berbaju kurung. Beberapa kali aku menguap menahan mata yang mengantuk teramat. Mujur kaunter depan ada orang lain jaga. Kalau tidak mau aku dah tumbang depan kaunter tu. Rajin sangat bangun kul 5 semata-mata nak bawak bekal roti jala.
Kalau la mak tau anak dia ni buat sarapan sendiri roti jala, bangga agaknya hehehe..perasaan ajer! Mak dulu-dulu buat awal subuh steady ajer tak mengantuk pun..

Yerla nak jumpa aku masak time subuh-subuh memang satu keajaiban la kot. Biasanya nasi goreng pun dah memadai. Tapi sebab over rajin, dan kesian kat alang yang nak travel jauh pagi-pagi, gagahkan juga untuk buat roti jala. Sukatan pun main campak-campak janji ada rupa roti jala huhu..bab rasa...tak tau la. Bila tanya alang, dia cakap ok jer. Ok la kot.

Tunggu la kalau rajin nti upload gambar. :)

Friday, June 15, 2012

Nak Makan Nasi lauk macam ni...



Tiba-tiba teringat nasi lauk daging ayam kisar. yumm..rasanya tu yang sedap kot masa makan kat Jesselton KK beberapa bulan lepas. Perut memang lapar time tu jadi order la nasi yang macam rasa paprik tu. Hai..bila lagila nak terbang naik p KK lagi.

Alang cakap tadi nak ajak makan kat downtown. Tapi kat sana mana ada nasi yang serupa macam kat atas tu. Yang betul nya alang nak cari barang untuk gajet baru dia la tu. Oh alang..belanja ABC cendol sekali bole tak. Time-time panas berjerebu ni memang sedap kalau dapat ais. Berita tv cakap tadi memang ada kebakaran hutan kat sumatera dan juga area selangor. Apala dorang ni bakar tak fikir kesan jangka panjang. Tau nak untung aja. Tapi menyusahkan ramai manusia lain. Haish...

Salam Jumaat..






Salam jumaat penghulu segala hari. Moga beroleh keberkatan di hari yang mulia ini. Lama sangat tak jenguk rumah ni. Bersawang memang tak boleh cakap. Labah-labah pun takut nak masuk hihihi...Suam suam kuku pun ada jugak jenguk tapi ni langsung tidak. Nak buat camana, asal nk masuk entri jer separuh jalan pastu terus cancel sampaila ni. Teruk bunyi nya.

Mood amik gambar pun terus menurun. Kalau amik pun lepas tu perap buat pekasam. Haish..memang teruk penyakit M ku ini. Tak per la slow-slow la nti mana tau dapat balik aura nak update entry.

Base camp lengang lagi. Maklumla hari jumaat rehat panjng. Makcik-makcik kat sini dah awal-awal angkat kaki keluar window shopping dan shopping. Aku memang tak ada la sangat walau pun bukn kategori makcik. Tak nak ngaku tuh. Lagipun petang ni meeting projek. Banyak doc nk kena sediakan. Kalaula ada pembantu..alangkah bahagianya. Nanti time aku cuti panjang pandail-pandaila Chief cari orang lain ganti tempat aku sementara. Huhu..tak sabarnya nak bercuti...


Perut start bunyi plak. Bukan tengahari tadi makan free ker..bahagian training yang belanja roti jala..nasi goreng..kuih kole kacang..buah...pergh..memang dasar kuat makan. Sib baik Jack panggil makan, kalau tidak, melepas nak pekena roti jala yang sedap tuh..ermm.nak rest jap. Harap-harap tak blackout la bangunan utama ni mcam minggu lepas Kepanasan dok dalam miting. Chief pulak selamba jer suruh teruskan..