Followers

Friday, April 30, 2010


Sejak suara dah tak ada, badan rasa panas kepala rasa berat, semua kerja jadi tertangguh. Panas dan demam tak kebah-kebah buatkan kita risau. Kita rasa macam dah ok bila telan ubat doc tu tapi rupanya bila kita balik kampung, lagi teruk demam kita. Mungkin cuaca yang panas kat kampung buatkan antibodi kita semakin lemah.

Memang teruk cuaca sejak akhir-akhir ni. Panas semacam. Air kelapa pun tak jalan. Masa masak tadi mak kata buatlah air asam jawa. Kita cakap nanti la mak lepas masak kang kita buat. (yang benarnya kita malas). Lepas siap masak, mak masih kat dapur lagi. Kita panggil makan pun lambat dia jawab. Apalah yang mak buat kat dapur tu lama sangat. Mak kata makanlah dulu. Kejap lagi mak makanlah. Kita duduk kat meja sambil cedok nasi dalam pinggan. Lepas tu duduk tunggu mak. Baru saja nak panggil kali kedua, mak dah muncul dari dapur dengan segelas air warna coklat kat tangan. Mak buat apa tu? Mak cakap ni air asam jawa...minum lepas makan. Kasi tekak tu baik sikit. Kita rasa macam nak nangis. Rupanya mak lama kat dapur buatkan air asam jawa untuk kita.!Mekasih mak...sayang mak!


Bila kita teguk ajer air asam jawa tu, terasa sesuatu meresap dalam jiwa. Sedap tak terkata! Mungkin sebab air tangan mak yang buat, jadi kasih sayang dia tu meresap dalam jiwa. Huh..sungguh tak tipu. Mekasih mak..sayang mak!:)

Thursday, April 29, 2010

DEMAM

Semalam sedap menggigit ais krim cornetto tanpa henti.Lepas habis satu, makan pulak Le Cremeria perisa Almond. Sedapnya..terasa di tekak begitu lazat. Mujur tak sambar Ais Krim Mat Kool..pun ada jugak dalam stock. Masa tu tak rasa apa pun. Sedap dan sejuk sambil tengok drama Adamaya. Tapi pagi tadi bila celik mata, terasa ada yang tak kena. Hangat bila pejam mata dan telan air liur. Alamak...panas la. Demam ke? Pegang dahi suam suam jer..pegang leher..hangat. Aduhai...demam lagi untuk kali kedua dalam bulan ini.

Gagahkan jua pergi kerja. Masih mampu bertahan insyaallah.. Balik kerja terus rasa lagi berbahang..saat ini macam nak pengsan rasanya. Ya Allah..kuatkan semangat ku. Berat...sakit kepala... :(

Monday, April 26, 2010

angin bertiup lembut
menyapa kehangatan malam
entah mimpi apakah dia
menyapa
menitip khabar
jauh di seberang sana
setelah sekian lama
menghilang diri

semudah itu kah alasan yang diberi
tanpa rasa khilaf di hati
membuat hati ini sepi

pergilah jauh
jauh lah dikau
jangan kembali
kerana
hati ini
telah dilukai..

Friday, April 16, 2010

Entry pertama di tahun 2010. Phew....lamanya menyepikan diri. Kesibukan bukan alasan. Orang lain pun sibuk juga tapi masih mempunyai ruang waktu untuk menitipkan bingkisan di blog masing-masing. Kagum sunguh dengan mereka semua itu. Kesimpulannya, aku yang tak pandai manage masa hahaha..padan muka.

Berbalik pada cerita asal, sepanjang minggu ini kelakuanku agak behave sedikit berbanding minggu sebelumnya. Jumpa orang senyum dan angkat tangan. Kalau tak sempat pun sekadar angkat kening saja. Namun untuk bersuara memamg cukup berhati-hati sehinggakan ada yang ingat aku sudah bisu. Tidak. Aku tak bisu. Aku juga tidak pekak. Sehinggalah penghawa dingin di bilik kerja tak berfungsi menyebabkan aku wajib bersuara untuk melaporkan kerosakan supaya segera dibaiki. Argh...perlukah aku keluarkan suara emas yang kusimpan selama seminggu ini?. Darurat, wajib aku buat.

"hello..En Man..saya nk laporkan kerosakan air cond di bilik kerja.."aku mula berbicara. "Eh sapa ni?" suara dihujung sana kaget. Aku dah agak dah. Sedaya upaya aku cuba kawal suara supaya kedengaran natural tapi tidak berjaya. Ampeh betul. "saya la en man...tingkat 4.." "La...engkau ke ni yot...apasal suara romantik semacam jer ni?? Kau makan aper sampai suara jadi garau ni.."suara tertahan en man juru aircond dihujung sana menahaan tawa. "Biasala en. man..natural voice ni.." aku pun tak tau nak kasi alasan apa. Bukan tak makan ubat batuk, sudah. Asam jawa pun sudah ku telan tapi tak juga kebah. "Cuba kau betulkan balik suara tu..sian aku dengar." Aduh...orang tua ni..banyak cakap pulak. Aku dah gatal tekak ni nak cakap banyak. "Testing one two three..ehem! testing testing!ehhhemm!" Nak tercabut tekak aku dibuatnya."Tak boleh la en man..nak terkeluar dah anak tekak saya ni." Kah kah kah! "Sian kau..ok la nanti aku hantar orang check air cond tingkat 4" "ok..terima kasih en man!"

Huh..lega dibuatnya! Kalau tidak, jadi bahan gelak je la dengan en man tu.Ya, sakit tekak sampai suara aku jadi rock. Kalah itik serati yang ada juga suara. Aku? Sampai kena gelak adalah. Sebab tu minggu ini minggu bahave dan senyuman sentiasa terukir di bibir manisku. Euw! perasan!

*kenikmatan yang ditarik Allah hanya sedikit saja, maka wajib bersyukur dan redha akan ketentuanNya..