Followers

Friday, December 24, 2010

Ho Ho Ho Balik kg!

Pejam celik dah hari jumaat. Bermakna hari ini kena balik ke kampung. Ada sesuatu yang menarik minggu ni kat kampung. Abah dah pesan suruh balik awal lepas keja petang nanti. Erm..tak sabar nak tunggu apa yang surprise sangat. Yang pasti, abah dah sediakan tali pancing untuk anak cucu abah memancing esok. Yippie yeay!! :)

Tuesday, December 21, 2010

..hari yang hectic..!!











Pagi yang hectic bila rutin harian yang selalu dilalui dengan tenang bertukar menjadi disaster. Apa tidaknya bila bukak mata jer dah 7.45! Waktu time macam tu biasa dah siap pakai baju nak gerak keluar dari umah tapi ni baru bangun! Macam lipas kudung lintang pukang bangun kemas tempat tidur. Tengok wardrobe konon nak amik baju yang dah iron tapi rupanya tak ada sehelai pun! Erk..!! pantas saja capai baju uniform yang dah lama tak pakai. Gosok tudung sekali lepas tu mandi. Siap mandi dan berbedak terus capai jam tutup semua suis dan gedegang bunyi pintu bilik aku tutup. Nak cepat sampai terkuat plak.




Melepasi ruang tamu terus kuar menuju tangga tutup pintu depan. Dah lambat sangat ni terus seluk beg nak amik kunci grill.Erk..apasal kosong poket beg ni. Aku jengah semula poket beg, sah tak ada! Maakkkkk!!!! camana nak g keja ni? Terperangkap kat tangga tak boleh masuk rumah even nak kuar ikut pintu grill pun tak boleh! Ya Allah sabar yot sabar...apa nak buat ni? Aku naik semula kat umah terus kuarkan kad bonuslink dari purse. Godek terus godek dengan harapan semoga boleh terbukak pintu tu walau dah kunci dari dalam. Gagal. Hampa aku. Mujur kunci kereta ada terselit satu. Aku umpil pakai kunci kereta lagi sekali dengan harapan ada jalan untuk terbuka. Nak bengkok aku umpil pun tak berjaya jugak.







Peluh dah menitis dan terasa melekit. Aduh..dalam keadaan tu sempat aku fikir dalam 10 minit tak berjaya bukak, kena call P.A bos kata lewat datang kerja tapi kalau terlalu lambat sangat, EL la jawabnya. Tapi tak abis kat situ jer, kena mintak tolong jiran bawah ker depan ker untuk bukak pintu utama umah. Kalau dorang tak boleh jugak maka nya kena tebuk lobang la. Nak tunggu orang maintenance for sure lambat punya. Adeh...peluh dah menitik ni..takper..relax tarik napas dalam-dalam. Aku amik balik kad bonuslink sekali lagi godek godek for the last chance. Phew! berjaya!!! Macam McGyver la bila dapat bukak!


Terus aku berlari menuju ke pintu bilik. Again, pintu bilik berkunci!! Aduh..apa la malang nasib arini. Kunci segugus tu semua ada kunci opis, kunci grill, kunci umah dan juga kunci bilik! Aku tahan napas lagi sekali dan terus panjat kerusi ruang tamu yang terletak sebelah bilik. Atas palang kayu pintu ada satu kunci dan aku yakin itu kunci pintu bilik dikala kecemasan. Aku amik dan terus bukak pintu, betul! Lega! Tak buang masa terus capai kunci segugus yang banyak tu tepi suis lampu dan terus tutup pintu. Arghhhh alhamdulillah..lega betul dapat semula kunci tu! Macam nak terkucil pun ada tapi kutahan jebat. Yang penting kena sampai base camp segera!











Moralnya : Kunci jam awal+iron baju awal+pastikan ada kunci spare dikala kecemasan!

Friday, December 17, 2010

Nak cuti..!!

Saat-saat macam ni rasa ingin pergi bercuti semakin membuak-buak tak dapat dibendung. Rata-rata smua dah selamat bercuti termasuk chief leader. Hurm..seperti biasa tiap-tiap tahun senario sebegini dah lali aku lalui dengan penuh sabar walaupun kadang-kadang rasa nak terbakar jugak. Nak buat macam mana kena sentiasa berkorban untuk orang lain dulu daripada diri sendiri. Bila aku amik cuti panjang seminggu selepas mereka pulang bercuti, sibuk pulak bertanya. Memang jarang menghabiskan cuti rehat yang berbaki tu ke tempat-tempat menarik. Selalu cuti untuk hantar bonda tercinta ke hospital dan uruskan hal peribadi. Hurm..dah sampai masa nya kot untuk tukar penggunaan cuti rehat tu dengan sewajarnya.


Paling tidak pun rehatkan otak yang dah berselirat macam wayar tepon nak putus tu dengan g berkelah ker..reunion ker..panjat gunung ker..alahai..lama nya tak daki bukit jugra..Macam-macam nak dibuat tapi satu pun tak berhasil. Mood kurang stabil kot sebab tak dapat bercuti dan bersantai bersama keluarga. Lepas ni no more excuses to stay sampai nak cuti pun tak dapat. Kalau dapat bersantai kt sini pun dah cukup best!





(sumber foto : http://min472.fotopages.com/%3Fentry%3D1966432)


Saat ini jugak terasa nak tengok wayang sambil makan pop corn ngan air mirinda oren sambil gelak-gelak. Janji citer lawak sebab dah lama tak tengok citer kelakar. Tapi..dalam masa yang sama nak tengok gak narnia III..Haish..macam macam keinginan betul.





Takpe..satu hari nanti mesti dapat pergi janda baik insyaallah...yang pasti malam ini mesti tengok Indiana Jones plak kt tv..layannnn.. :)

Wednesday, December 15, 2010

..indahnya zaman kecik-kecik dulu..

Cuti sekolah kali ni tak dapat berjalan ke mana. Kalaulah dapat g homestay janda baik kat pahang tu takpun kat resort terengganu tu alangkah seronoknya! Nampaknya kena KIV lagi la cuti tu hurm..apa nak buat. Harap tahun depan boleh pujuk alang g bercuti-cuti Malaysia. Musim cuti sekolah ni yang seronoknya budak-budak termasuk aku yang dah masuk usia senja ni. Haaa...bukan apa, masa ni lah nak berjalan sana sini,jumpa geng dari pagi sampai petang baru ingat nak balik. Selagi belum masuk magrib kentung(beduk) tak bunyi jangan haraplah nak balik umah. Selagi tak kena rotan ngan mak memang tak sah kalau tak balik termasuk adik beradik yang lain. Nakal yang amat zaman kecik-kecik dulu sampai mak simpan rotan kat belakang pintu khas untuk kitaorang.


Kalau diingat-ingat balik memang indahnya zaman kanak-kanak. Main jer kerjanya sampai nak makan pun boleh skip. Lagi kalau dah jumpa kengkawan main polis sentri (aku panggil polis kepci), main ting ting, main baling selipar(ni paling aku suka), main cotek (konda kondi), main nyorok-nyorok, main jual2 barang dan jugak main masak-masak. Tak sah kalau tak main masak-masak sebab nya aku suka campurkan tanah tu dengan air kacau jadikan macam tanah liat pastu letak atas penutup tin milo pastu bakar! Huh..cantik..menggelegak macam milo jer aku tengok hehehehe.. Ada gak dengan kakak sepupu main masak-masak curi bawang ngan cili mak kat dapur hiris pakai pisau seposen pastu letak minyak kat kuali kenit (pun curik gak!). Bila dah panas baru masukkan bawang ngn cili tunggu sampai kuning baru letak telur. Gaul-gaul letak garam pastu makan. Huh, gila tak gila kitaorang. Api plak guna api ranting pokok kopi. Maklumlah rumah nenek banyak pokok kopi ngan durian. Senang jer nak dapatkan bahan-bahan tu. Bila dapat makan telur tu rasa sedap sangat! Tapi..kalau dikenang balik, hish..tak mau dah makan telur masak cam gitu. Tak lalu..!


Kalau main baling selipar lagi best, abis selipar kat umah nenek licin kitaorang sapu. Dari yang kecik sampaila selipar paling besar crocodile kot brand dia kitaorang susun biar nampak tinggi. Dapat jer jatuh selipar tu kena baling, masing-masing lari bertempiaran macam nampak mak lampir. Seronok betul time tu! Tapi..bila tengok zaman sekarang, benda-benda macam tu dah tak ada mungkin boleh kata hampir nak pupus. Budak-budak zaman sekarang bila celik IT sikit, memang tak pandang dah permainan tradisional ni. Yang mereka tau game kat Fb ngan PS4 dan segala macam game la kat internet. Tapi kalau kat kampung-kampung yang masih belum ke tahap membangun pesat, ada lagi kot budak-budak main petang-petang kat halaman rumah. Biasa yang kita tengok main bola kat padang sekolah. Tak tau akan datang camana zaman kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan cara yang lagi advance atau bagaimana..





sayang abang..anak-anak buah yang semakin membesar..

Saturday, November 13, 2010

...sabar menanti..

Sedang menanti brownies yang tengah bakar dalam oven. Harap-harap jadila sebab dah lama tak buat. Sempat lagi update ni teruk betul..!! Kek Marble resepi K.hanieliza dah pun siap masak. Ni resepi kedua k.rinnchan.
Lepas brownies masak baru gerak balik umah mak. Penat jugak berkemas kat umah ni tapi demi semangat berkobar-kobar nak bawak balik kek untuk mak abah, sanggup tunggu. Harap mereka sabar menanti. Tunggu mak, anakanda akan pulang insyaallah sekejap lagi. Baju semua dah pack termasuk pasu kaca rembat masa bertugas kat klcc tahun lepas. Dibuang macam tu ajer sayang betul!
Ok ok..masa dah tak mengizinkan. Kena mandi sebab lepas mop tadi tak sempat bersiram. Perut pun dah lapar balik. Cepat kemas yot! Mesti balik!
* Alang kata tak payah rushing sangat balik lambat pun tak apa. Yerla..bukan alang yang kena kemas umah, kita gak yang jadi mangsa tau..tunggu lang kita balik bawak kek! :)

Thursday, November 11, 2010

Spagethi Sempoi

Dari petang tadi hujan renyai-renyai sampaila sekarang. Cuaca sejuk macam ni selain tido..makanlah yang paling seronok sekali. Patutla perut dari tenghari tadi lapar tak kenyang-kenyang (alasan). Rupanya hujan yang buat perut kita berkeroncong. Sampai saja rumah, terus campak beg terus ke dapur. Buat milo cicah biskut meri yum yum! Setengah balang jugak habis! Biar betul? Lapa sangatkah tadi? Ish..ish..bahaya ni kalau tak dikawal.

Ha..ini menu semalam. Masak pun campak-campak sebab dah lapar sangat. Sedap tekak sendiri tapi kalau pizza hut buat lagi sedap kot..
Tiba-tiba teringin nak makan burger kampung waktu-waktu begini. Dulu selalu alang offer nak bagi burger bila bukak gerai di klinik tapi aku tolak atas alasan jauh nak hantar padahal masa tu memang dah kenyang. Memang tolak rezeki. Bila dah tak ada tau pulak tekak ni mengidam. Haish..macam-macam!


Keroncong Tali Kecapi

Bukan tajuk lagu tapi..bunyian merdu nun di sudut perut ku yang semakin berbunyi. Aduh..tak tahan menahan lapar memandangkan pagi tadi dapat makan nasi goreng dua sudu saja. Pedas yang amat nak menitik air mata. Entah cili apa la makcik kantin bubuh sampai berdesing telinga pedas tak terkata padahal fizikal nasi goreng tu nasi goreng kicap jer..Dah membazir memang tak boleh nak masuk perut. Korek sana korek sini selongkar locker ajaib mengharapkan biskut cracker ker takpun biskut sandwich yang sedap tu tapi hampa. Habis rupanya stock tu. Ok..lepas ni kena simpan stock banyak sikit. Tahan ya wahai perut ku..sabar..jap lagi kita santap nasi kenyang-kenyang ya..

Thursday, November 4, 2010

Mocha Marble vs Cereal

Dah lama oven umah tak berasap. Cadang nya nak buat kek pisang tapi angin malas yang teramat sangat jadinya buat benda lain.Kesian pisang yang abah kasi tak terusik langsung. Nantila kalau elok lagi boleh buat cekodok tak pun kek pisang. Tapi kalau ikutkan senang jer nak buat kek pisang rather than kek Mocha Marble Cheesecake yang k.rima buat tu. Banyak bahan tak ada jadi banyak menderhaka dan hasilnya pun turut padan muka hahaha..tak jadi. Tapi sedap kat tekak sendiri. Sori ya k.rima banyak skip konon-konon pandai macam Cik Mat. Tapi kalau ikutkan resepi, memang sangat sedap! Akan datang kena pakai biskut Digestive bukan biskut oreo yer yot..
Dan satu lagi baca instruction betul-betul. Bakar pakai teknik baine marie bukan main hantam bakar macam tu yer..(ni memang tak sempat baca sebab kena salin balik resepi translate sedap hati sampai terlupa baca last teknik bakar camana. Pengajaran semua tu.


Kek tu aku bawak g base camp tapi..tak sanggup nak bagi pada sesiapa. Sebabnya takut tak ada siapa yang nak makan memandangkan rupanya yang dah macam arang hitam legam. Lepas tu ada rasa kopi terlebih plak tu. Jadinya makan sorang-sorang. Abisla diet tapi dah makan jugak. Camana nak hidup sihat tapi makan benda yang boleh menambahkan kolesterol dalam badan? Ish..sikit jer bukan banyak pun (ni ayat nak sedapkan hati)




Tengok tu dalam masa yang sama bawak gak cereal untuk breakfast pagi.Lepas makan cereal skit, terus sumbat kek cheese hee hee..like a heaven...

Missing in Action

Lama betul kita bertapa sampai dah bersawang rumah ni.Kadang-kadang nak post entry tapi tak sempat walaupun dah taip separuh lepas tu ilang terus. Haish..memang bukan penulis blogger tegar hihi..apapun akan cuba sedaya upaya meninggalkan catatan yang tak seberapa untuk tatapan sendiri di masa akan datang. Er..bole percaya ker..kita tengok ya sampai mana boleh bertahan :)

Untuk hari ini seperti biasa tengah nak warming up. Bertugas seperti biasa dan petang ni mesti ramai warga kota balik kampung halaman masing-masing memandangkan esok Deepavali. Yahuu cuti! Boleh experimen skill baru hee..semoga berjaya! Esok sajalah balik kampung memandangkan beberapa tugasan perlu dibereskan segera. Harap-harap jalan tak jammed. Ngeri bila kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat terutama bila musim perayaan menjelma. Penguatkuasaan dan undang-undang ketat macam mana pun tapi kalau tahap kesedaran dan sikap masing-masing masih tak berubah, sampai bila pun kadar kemalangan takkan turun. Harap kita tak tergolong dalam golongan yang bersikap sebegitu.

Selamat Berpesta Cahaya!

Wednesday, May 26, 2010

Aiman vs Nasi Ayam



Aiman memang suka nasi ayam. Tak sabar nak makan katanya. Tapi sebelum tu kitaorang suruh aiman baca doa makan. Kuat jugakla suara macho aiman baca doa memenuhi ruang kedai nasi ayam kat BBB. Tapi sori to say, tak sedap. Nasi keras sangat. Sian opah seleme makan nasi tersangkut-sangkut. Servis pun lambat. Lainkali kita cari port lain yang lebih sedap ya.. :)

Choc Cheese Cup Cake


Tadaaaa....kek coklat cheese..Bekal bawak g kem. Kita makan sorang tak toleh kiri kanan pelawa orang lain pun tidak.Jahat jugak kita ni rupanya.. Resepi dari cikgu ellie dan juga k.zana penang. Tq kak kasi resepi.Kita ada oter sikit. Takut jugak kalau tak jadi nangis la kita. Sebenarnya cheese filling tu untuk filling tart. Tapi sebab nak abiskan stok, kita try letak kat tengah-tengah kek. Rasanya jadi jugak la.Mari kita tengok resepi dia.


Bahan-Bahan (kek coklat)
200 gm butter
1 1/2 cawan gula pasir
5 biji telur (size B)
1 sudu kecil esen vanilla
2 3/4 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder (kita letak satu sudu sbb dah abis stok)
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 cawan susu full cream



Cara-cara
1. Putarkan butter dan gula pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu
5. Masukkan separuh dalam paper cup kemudian paipkan cheese di tengah-tengah.
6. Bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.



Cheese Filling
250 gm krim cheese
20 gm butter
70 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil oren sunquick( memandai jer kita letak ni)

1. Putar cheese dengan butter hingga gebu.
2. Masukkan gula dan putar hingga hancur
3 Masukkan telur putar hingga sebati. Masukkan dalam beg piping

Thursday, May 20, 2010

My Day

Alhamdulillah pagi tadi kita bangun, masih ada lagi nadi kita berdenyut macam biasa. Syukur padaMu ya Allah masih memberikan kesempatan menghirup udaraMu. Demam yang berlarutan sejak 2 minggu lalu alhamdulillah dapat diatasi walaupun bukan pulih sepenuhnya.Pagi tadi jugak kita terima wish dari sahabat yang bertugas di klia. Awal sungguh beliau kasi mesej. Yang terharu sebab dia kata tak ada hadiah nak kasi hanya mesej jer yang dapat dikirimkan. Kita cakap, ingatan mesej dia dah cukup buat kita gembira. Bukan wang ringgit atau barang mahal jadi ukuran, yang penting ingatan dan doa. Lepas tu sahabat kita yang keja klinik pun mesej. Lagi sebak sebab ada hadis diselitkan. Sahabat kita ni memang bagus walaupun hidup beliau sangat complicated.


Hari kita pun diteruskan dengan rutin biasa cuma penat sangat hari ni terkejar-kejar dateline yang chief kasi tak sampai 24 jam! Kita tensi sebab banyak sangat dan tak relevan. Tapi kita turutkan jugak. Kita cuba hepi sepanjang hari sebab hari ni hari istimewa buat kita. Ayahanda pun sempat bagi mesej nak belanja makan steamboat. Lalala....entah yer entah tidak.

Lepas tu kan time kita tersangat sibuk, Lady Pegaga (LP)call dalam suara yang amat sedih dan serak serak macam baru lepas nangis. Kita tanya kenapa. Dia cakap boleh mintak tolong tak datang tempat dia...nak selesaikan satu masalah besar. Kita terkedu. Kita tengah betul-betul tak boleh datang sebab siapkan report chief. Kita mintak maaf sangat sebab kita tak dapat datang sana tapi kalau dah siap nanti kita datang tolong. Sedih jer suara LP. Maaf LP, nanti kita datang bila semua dah clear ya. Tapi belum pun sampai 15 minit, tercegat LP depan pintu ketuk dengan agak kuat. Aduhai...nampak sungguh LP dalam kesusahan. Kita bangun cuba bertenang. Ekspresi muka LP yang tadi nampak garang tiba-tiba bersuara, "HAPPY BSDAY!!!" Umak aiii.. kita terkejut tak terkata! PA chief kt depan bilik kita boleh tengok kami berpelukan laga pipi euw! Mekasih! Mekasih! Kita senyum tak tau nak cakap apa. LP terus hulur satu bungkusan kotak berbalut rapi pada kita dan satu lagi kotak nipis. Dia suruh kita bukak apa yang ada dalam kotak tu. Kita pun bukak la. Wow...! Puding caramel! Siap ada deco lagi tu yang tak tahan. Nampak saja brutal di luar tapi dalam hati ada taman rupanya LP ni..







Muka ceria beliau yang berjaya buat puding caramel. Dan seterusnya kita jugak dapat hadiah dari adik angkat kita yang belajar kat usm. Siap datang tempat kita kasi hadiah tu. Kita terharu. Ingat lagi dia pada kita. Terasa kita betul betul dah tua bila dia peluk dan salam cium tangan kita. Sib baik tak makan belacan lunch tadi. Kalau tidak, abis bau..



Hadiah yang LP bagi dan juga masa lunch tadi K.Ina kasi kita satu set KFC menu baru yang banyak lada hitam tu. Memang tak sempat makan nasi pun lunch tadi. Tq k.ina kerana sudi memahami. Sungguh lazat! Macam tau tau jer kita suka ayam goreng. Jadinya makan dalam bilik saja KFC tadi. Yum Yum..!







Sebelum malam menutup tirai, Ah Jien (AJ)@ Ah Long mesej untuk on air live. Waktu greenwich kami tidak sama. AJ di kutub utara dan kita di kutub selatan.Mulanya malas sebab kita letih tunggu VVIP siang tadi tak kunjung tiba buat visit. Sakit kaki kita berdiri lama. Sekejap saja on air sebab AJ kena keja petang. Tapi AJ tak tau tau pun yang hari ni hari istimewa kita. Dia lupa kot. Dulu masa AJ ada kat sini, dia belanja makan chicken chop yang sedap tu dekat kawasan universiti. Takkan dapat pegi lagi kot sebab macam dah tak ada jer kedai western tu. Tq AJ temankan kita sembang sampai kita banyak offline sebab ngantuk sangat.Apapun tq pada semua yang wish kita termasuk family tersayang kita. Tak lupa juga kek na yang berada di kalumpang tu.. :)

Saturday, May 1, 2010


Walau tak sihat tapi tekak ni gatal nak makan cupcake. Nak beli malas nak ke kedai lagipun susah nak jumpa cupcake yang sedap. Balik kerja, kita cari resepi dan terus buat projek. Kita lupa sapa punya resepi mungkin resepi kak ummi kot...nanti kita check balik. Dalam keadaan pusing sempat jugalah buat. Tapi.....hasilnya mendukacita kan kita..sob..sob..sob..kek kecik kita melimpah kuar macam lahar gunung berapi. Masa dia muntahkan lahar tu kita tengok jer dari luar oven sambil baring. Tak berani nak bukak oven. Sudahnya kita tengok dengan perasaan yang cukup sedih. Mungkin kita terlebihletak adunan atau memang kita ada buat salah masa bancuh tadi. Tak apalah masih boleh makan lagi walaupun dah overdose! Huwaaaa....

Friday, April 30, 2010


Sejak suara dah tak ada, badan rasa panas kepala rasa berat, semua kerja jadi tertangguh. Panas dan demam tak kebah-kebah buatkan kita risau. Kita rasa macam dah ok bila telan ubat doc tu tapi rupanya bila kita balik kampung, lagi teruk demam kita. Mungkin cuaca yang panas kat kampung buatkan antibodi kita semakin lemah.

Memang teruk cuaca sejak akhir-akhir ni. Panas semacam. Air kelapa pun tak jalan. Masa masak tadi mak kata buatlah air asam jawa. Kita cakap nanti la mak lepas masak kang kita buat. (yang benarnya kita malas). Lepas siap masak, mak masih kat dapur lagi. Kita panggil makan pun lambat dia jawab. Apalah yang mak buat kat dapur tu lama sangat. Mak kata makanlah dulu. Kejap lagi mak makanlah. Kita duduk kat meja sambil cedok nasi dalam pinggan. Lepas tu duduk tunggu mak. Baru saja nak panggil kali kedua, mak dah muncul dari dapur dengan segelas air warna coklat kat tangan. Mak buat apa tu? Mak cakap ni air asam jawa...minum lepas makan. Kasi tekak tu baik sikit. Kita rasa macam nak nangis. Rupanya mak lama kat dapur buatkan air asam jawa untuk kita.!Mekasih mak...sayang mak!


Bila kita teguk ajer air asam jawa tu, terasa sesuatu meresap dalam jiwa. Sedap tak terkata! Mungkin sebab air tangan mak yang buat, jadi kasih sayang dia tu meresap dalam jiwa. Huh..sungguh tak tipu. Mekasih mak..sayang mak!:)

Thursday, April 29, 2010

DEMAM

Semalam sedap menggigit ais krim cornetto tanpa henti.Lepas habis satu, makan pulak Le Cremeria perisa Almond. Sedapnya..terasa di tekak begitu lazat. Mujur tak sambar Ais Krim Mat Kool..pun ada jugak dalam stock. Masa tu tak rasa apa pun. Sedap dan sejuk sambil tengok drama Adamaya. Tapi pagi tadi bila celik mata, terasa ada yang tak kena. Hangat bila pejam mata dan telan air liur. Alamak...panas la. Demam ke? Pegang dahi suam suam jer..pegang leher..hangat. Aduhai...demam lagi untuk kali kedua dalam bulan ini.

Gagahkan jua pergi kerja. Masih mampu bertahan insyaallah.. Balik kerja terus rasa lagi berbahang..saat ini macam nak pengsan rasanya. Ya Allah..kuatkan semangat ku. Berat...sakit kepala... :(

Monday, April 26, 2010

angin bertiup lembut
menyapa kehangatan malam
entah mimpi apakah dia
menyapa
menitip khabar
jauh di seberang sana
setelah sekian lama
menghilang diri

semudah itu kah alasan yang diberi
tanpa rasa khilaf di hati
membuat hati ini sepi

pergilah jauh
jauh lah dikau
jangan kembali
kerana
hati ini
telah dilukai..

Friday, April 16, 2010

Entry pertama di tahun 2010. Phew....lamanya menyepikan diri. Kesibukan bukan alasan. Orang lain pun sibuk juga tapi masih mempunyai ruang waktu untuk menitipkan bingkisan di blog masing-masing. Kagum sunguh dengan mereka semua itu. Kesimpulannya, aku yang tak pandai manage masa hahaha..padan muka.

Berbalik pada cerita asal, sepanjang minggu ini kelakuanku agak behave sedikit berbanding minggu sebelumnya. Jumpa orang senyum dan angkat tangan. Kalau tak sempat pun sekadar angkat kening saja. Namun untuk bersuara memamg cukup berhati-hati sehinggakan ada yang ingat aku sudah bisu. Tidak. Aku tak bisu. Aku juga tidak pekak. Sehinggalah penghawa dingin di bilik kerja tak berfungsi menyebabkan aku wajib bersuara untuk melaporkan kerosakan supaya segera dibaiki. Argh...perlukah aku keluarkan suara emas yang kusimpan selama seminggu ini?. Darurat, wajib aku buat.

"hello..En Man..saya nk laporkan kerosakan air cond di bilik kerja.."aku mula berbicara. "Eh sapa ni?" suara dihujung sana kaget. Aku dah agak dah. Sedaya upaya aku cuba kawal suara supaya kedengaran natural tapi tidak berjaya. Ampeh betul. "saya la en man...tingkat 4.." "La...engkau ke ni yot...apasal suara romantik semacam jer ni?? Kau makan aper sampai suara jadi garau ni.."suara tertahan en man juru aircond dihujung sana menahaan tawa. "Biasala en. man..natural voice ni.." aku pun tak tau nak kasi alasan apa. Bukan tak makan ubat batuk, sudah. Asam jawa pun sudah ku telan tapi tak juga kebah. "Cuba kau betulkan balik suara tu..sian aku dengar." Aduh...orang tua ni..banyak cakap pulak. Aku dah gatal tekak ni nak cakap banyak. "Testing one two three..ehem! testing testing!ehhhemm!" Nak tercabut tekak aku dibuatnya."Tak boleh la en man..nak terkeluar dah anak tekak saya ni." Kah kah kah! "Sian kau..ok la nanti aku hantar orang check air cond tingkat 4" "ok..terima kasih en man!"

Huh..lega dibuatnya! Kalau tidak, jadi bahan gelak je la dengan en man tu.Ya, sakit tekak sampai suara aku jadi rock. Kalah itik serati yang ada juga suara. Aku? Sampai kena gelak adalah. Sebab tu minggu ini minggu bahave dan senyuman sentiasa terukir di bibir manisku. Euw! perasan!

*kenikmatan yang ditarik Allah hanya sedikit saja, maka wajib bersyukur dan redha akan ketentuanNya..