Followers

Wednesday, November 23, 2011

Mana mau cari...



Tak tau nak sebut nama kuih ni tapi yang pasti makcik gerai tu letak signage kuih apam. Makcik tu cakap asal dari utara sedap makan panas-panas. Aku pun try la beli 3 keping RM2 kalau tak silap. Mahal jugak sebab kuih ni nipis jer tapi tebal skit kat tengah. Rasa dia manis-manis buah tp macam rasa apam balik pun ya jugak. Selalunya makcik yang jual ni tak sempat nak layan borak sebab ramai orang tapi masa beli tu hari raya haji yang ke2 jadi memang tak ada orang sangat kat gerai beliau. Sempatla dia promote suruh beli muffin buatan beliau sendiri. Aku senyum cakap tak pe lagipun dah banyak makanan.

Erm..lepas ni boleh singgah gerai makcik tu lagi. Nak tanya resepi kompom tak dapat punya. Tapi cara dia bakar atas kuali kecik-kecik tu memang menarik. Agak-agak camana nak cari resepi kuih ni ya? Cari kat myresepi tak ada pulak. Nampaknya kena singgah beli la kat makcik tu... :)

Friday, November 4, 2011

Hepi Besday MQ!






Entry ini ditujukan khas buat mama Q . Walau tak bersua muka namun dihati dekat terasa. Moga sentiasa dalam lindunganNya dan dilimpahi rahmat sentiasa. Moga peningkatan usia mama menjadikan mama seorang insan yang sentiasa ceria dan berjiwa waja. Seketul kek tanda ingatan. Selamat Hari Lahir Ma! :)

Wednesday, September 28, 2011

..perang dingin..??

(ini cerita flashback)

Seumur hidupku belum pernah pegang senapang. Apatah lagi nak main perang-perang. Perang tarik-tarik rambut tu pernahla. Tapi..bila suruh main perang tembak-tembak bola yang sakit tu (membuatkan jantung tak berhenti berdegup kencang. Rasa macam nak terkucil juga ada sebab aku lah group pertama yang kena bertempur dulu.

Arghhhhh......seram sejuk badan. Tengok topi macam alien ni pun dah gerun apatah lagi nak pegang senapang tu. Rasa-rasa marshall terima tak alasan aku tercirit tak bole main game tu. Erk...sejuk dah badan. Moga aku tak tercedera la nanti. Uhuhuhu..



.

..teringin...




Tekak rasa tak best. Mulut pun rasa tak best. Belek punya belek, ada ulser kecik belakang celah pipi. Patutla...pedih macam ada benda asing dalam mulut. Agaknya kurang minum air.

Owh..hari ini hari last syawal. Last day puasa 6 yeaha!!! Tekak mengada-ngada nak makan macam-macam trmasuk chicken chop. Tak mengapa, yang penting tart nenas pujaan hati dah menanti kat umah. Nampaknya aku sorang yang makan tart tu. Alang tak suka tart, bagi macam mana pun ta
k mau.

So..balik nanti operasi makan tart. Rasa macam nak bakar mercun pun iyer juga meraikan puasa 6 dah abis hehehe..gigih nak abiskan puasa yang selang seli ni. Mujur sempat insyaallah...

Yum yum..tunggu yer tart, nti kita mamam kamu!!



Thursday, September 22, 2011

Krsus lagi...

Rasa macam dah lama tak g kursus. Kali terakhir g krsus masa kat PD bulan berapa tak ingat. Tup-tup esok kena g krsus. Ish..macam tak nak pegi bole tak..hati rasa tak best. Teringat tok kat kg yang sakit sampai alang kena dukung tok mandi. Tapi alang pesan jangan risau pegi jer krsus. Kalau ada apa2 baru alang bgtau. Erm..harap-harap tok x da apa-apa.

Sabtu ni juga ada event family. Perjumpaan besar-besaran ahli keluarga merangkap jamuan raya. Macam-macam aktiviti dah diatur antaranya main pukul belon, teka kacang, tiup gula-gula dalam tepung dan banyak lagi la. Iskkk..tak aci tau...kita tak dapat join. Krsus 3 hari yang wajib tak bole tinggal .

Dah terbayang cendol Cik Non yang sedap tu, tapai pulut wak tom, soto pedas wak jam ngn laksa..aduh meleleh ayaq liuq! Dua tahun lepas abah tugaskan aku jadi ajk teka kacang. Bayar seringgit pastu amik nama yang nak join. Seronok walaupun bidan terjun. Abah sponsor beskal kecik untuk pemenang. Tahun ni tak tau la ada ke tak sebab tak sempat balik tanya abah. Cuma yang dipesan angah, aku kena sponsor adiah. Euwww...dahla tak dapat join tapi kena sponsor plak..ish ish.. Aku siap pesan pada angah, jangan lupa cabut undi nama aku ngn alang nanti. hihi..jahat kan.

Tak sempat balik kg sbb malam ni baru nak packing baju g kursus. Kalau sempat nanti buatla kek ke untuk makcik-makcik yang dah start masak esok. Mak kata penuh dah halaman umah dengan kerusi. Khemah pun dh pasang macam kenduri kawen lagaknya. Hehehe..best apa..Moga-moga majlis tu nanti brjalan lancar walau ketiadaan daku. :(

Thursday, August 4, 2011

Kisah Makcik Cleaner

Cuaca sejuk sejak pagi tadi tambah2 lagi aircond bilik operasi yang terasa sejuk menggigit ke tulang buat perut cepat lapar. Alhamdulillah dah masuk hari ke empat ramadhan dan syukur masih lagi diberikan nafas. Selalunya bila tiba bulan puasa mesti hari-hari nak kira tinggal lagi berapa hari nak abis puasa tapi tahun ni rasa tak beriya-iya sangat. Napa ya? Agaknya sejak usia meniti senja ni buat insaf kot..tu belum masuk usia emas lagi memang tunggu kedatangan ramadhan la kot. Eh apa yang daku merepek di petang hari ni. Dah lemau agaknya.

Bukan apa, teringat pada makcik cleaner semalam yang bersihkan kaunter bilik. Seingat aku usia beliau dalam 50an la kot. Tapi masih lagi keluar bekerja untuk menyara hidup. Kadang tu tak sampai hati nak suruh itu ini untuk bersihkan bilik walaupun itu memang kerja hakiki beliau. Nak cakap kadang serba salah. Pernah satu ketika pc ku mati sebaik saja aku masuk bilik kerja. Seingat aku pc tu memang elok tak rosak. Nak kata blackout tak pulak sebab kt luar terang benderang. Bunyi power supply
yang buat aku musykil. Periksa punya periksa rupanya power supply tak on. Aku keluar tanya CC ada sapa-sapa masuk bilik kerja sewaktu ketiadaan aku tak? CC jawab makcik cleaner jer yang masuk sebab nak vakum carpet.

Sah makcik cleaner tu yang cabut soket plug nak guna untuk vakum. Lepas tu dia tak on balik suis utama. Jadinya memagla power tak ada sampai pc aku turur padam. Adusss...sabar ya..bulan puasa ni. Habis kerja-kerja dalam pc tak sempat nak save. Aku pesan pada CC supaya alert kan aku kalau makcik cleaner masuk lagi dalam bilik kerja aku jangan sebarangan tutup plug yang sedia ada.

Nak marah tak sampai hati jadinya tahan sajalah. Anggap saja dia tak tau. Tapi kalau dia buat jugak, aku kena bertindak. Gambar kat bawah ni aku ambil waktu bertugas di bilik kaunter operasi bawah. Blur tak nampak sangat sebab pakai henset cap ayam. Dia tunduk tak cakap apa lepas minta izin nak vaku
m bilik. Kesian. Patutnya usia sebegitu duduk rumah dan rehat. Mungkin dia ada alasan tersendiri. Moga kudrat beliau mampu nak buat kerja-kerja adhov kalau ada event besar kt sini.





Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan dtg lagi

Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. Hari ni second day ramadhan. Erm...lama betul tak jenguk sini. Dah lama kena tinggal baru nak jenguk. Sibuk yang tiada penghujungnya membuatkan hati tak keruan nak tulis entry. Nanti kalau tulis pun entah apa-apa formula sekali dimasukkan. Bersyukur juga mak dah beransur pulih walau tak sepenuhnya. Harap mak dapat bertahan ya.

Untuk sekian kali, ramadhan kali ini tak dapat berbuka puasa macam selalu. Biasanya tiap-tiap tahun mesti balik nak buka puasa hari pertama ramadhan. Tapi kali ni tak sempat sebab hari pertama ramadhan jatuh waktu time keja. Balik keja pun dah lewat tapi syukur dapat masak satu lauk buat buka. Bukan apa, nak singgah bazar ramadhan memang payah. Nak cari parking..nak bersesak dengan orang ramai..nak cari juadah..nak tunggu beratur lagi..rasa memang tak sanggup. Melainkan kalau hari cuti mungkin akan dipertimbangkan. Tapi kalau dah waktu kerja memang tak sempat. Lagipun bukan makan banyak pun cukuplah kalau nasi ngan satu lauk sebagai juadah berbuka. Kalau kat umah mak lainla sikit. Bila ramai-ramai terasa meriah jadi nafsu makan pun boleh tahan jugak. Tak sabar nak balik kg nak beli roti boom ngn air jambu batu yang sedap kat bazar ramadhan simpang tiga!

Harapan juga diletakkan supaya ramadhan kali ini dapat berbuat kebaikan yang lebih dari tahun sebelumnya. Tak nak ciwek-ciwek lagi..tak nak cembeng-cembeng lagi..tapi mampukah? Insyaallah...

Tadi tengok satu resepi lauk kt umah mama Q nampak sedap ayam masak kicap. Alahai..orang kata senang jer pejam mata kalau nak buat tapi orang mcm aku ni yg tau makan ajer memang garu kepala sikit. Tapi takper harap-harap dapat singgah kedai abg indon yg jual barang-barang basah segar kalau sempat nanti. Nak buat ayam masak kicap. Harap-harap juga uda datang bawak mak..tadi uda cakap nak pinjm buku exam jadi terus aku suruh dia bawak mak datang sekali. Buka sorang-sorang nanti mula lah bergenang air mata bila dengar azan berkumandang dari tv 1. Haish...sentimental betul la. Tak suka tau..

Friday, April 29, 2011

Bento -- Last Day

Harapan setinggi gunung....lalala...tak ingat la lirik seterusnya. Memang berharap sangat hari ini hari last bawak bekal sebabnya dah tak larat nak bersilat kat dapur subuh-subuh ngadap kuali. Mengikut perkiraan, minggu ni minggu last kantin tutup memandangkan pengusaha baru nak bukak kedai minggu depan. Kalau betul, alhamdulillah suka sangat. Jiran bawah dan sebelah dah masak kot dengan bunyi kelentang kelentung dari dapur rumahku yang sangat happening waktu malam dan subuh hari. sebulan jugakla dapurku berpesta bunyi dan bau. Saba ajerla..




Ok..menu hari ni yang simple tapi berat jugakla. Teringin nak makan kerang sambal tapi sebab cili kering dah abis, terpaksa guna cili api. Jadila, janji dapat makan. Usai menjamu selera tadi mata dah start mengantuk terasa berat. Rehat yang panjang seakan tak mencukupi. Kena buat kopi jugak ni buat ilang ngantuk.

Friday, April 22, 2011

Kenangan di Wad 3



Dah seminggu berlalu tapi kadang-kadang ingatan terbayang masa jaga mak kat hospital wad 3. Walaupun hospital agak lama tapi telah diberi nafas baru. Kisah flash back bermula--jumaat malam sabtu dah start jaga mak bergilir ngan angah. Berbekalkan track suit dan t-shirt sarung sweater, kami berdua duduk dihujung katil. Suasana dalam wad masih meriah dengan kehadiran misi ngan saudara pesakit yang datang. Tak boleh ramai-ramai sorang dua jer boleh masuk.



Tiba waktu jam 12 malam, pintu utama wad pun ditutup. Suasana sunyi memandangkan tv tak bukak. Semalam saharian bukak tapi suara tak kedengaran. Mak duduk katil no 16 betul-betul dekat dengan bilik air. Senang sikit nak ke bilik air. Sebelah katil mak sorang nenek umur dah dekat 80. Kena strok. Anak, menantu dan cucu nenek yang jaga gilir-gilir dia.
Waktu pertama kali nampak nenek, tergamam sek
ejap sebab muka nenek serupa arwah nenek ku yang dah meninggal 3 tahun lepas. Saling tak tumpah dengan sanggul uban nenek mengingatkan ku pada arwah. Lama aku tengok. Agaknya Allah nak aku tengok puas-puas kot nenek kat sebelah ni. Aku tanya makcik yang jaga tu, rupanya menantu dia.

"Nenek sakit apa cik" aku rapat kat katil nenek

"kena strok" balas makcik putih yang merangkap menantu nenek

"doktor tak cakap apa?"

"tengok dalam dua tiga hari ni, kalau tak ok, kena pindah wad" Aku tengok muka nenek. Masa tu menantu nenek tengah masukkan susu dalam corong makanan nenek untuk disalurka
n terus ke hidung. Sedap bau susu tu. Penuh sabar dia masukkan susu sampai abis.

"minum ya mak..sikit lagi ya mak.." suara penuh kasih sayang. Baik sungguh menantu nenek. Jarang jumpa menantu sebaik itu. Sebabnya menurut cerita angah yang dah dua hari jaga mak, menantu nenek memang sabar. Macam anak sendiri layan mak mertua. Sanggup tidur atas semen nak pastikan nenek ada peneman. Tiap tiga jam sekali mesti bangun bagi nenek minum susu memandangkan nenek cuma boleh minum susu saja tak boleh nak kunyah makanan.



Malam ini patutnya kena sorang meneman satu katil. Tapi aku degil. Nak jugak jaga ngan angah. Angah pesan kalau ada mak guard, aku kena lari masuk toilet. Nanti kena halau. Aku angguk. Duduk hujung katil sambil urut kaki mak. Mak dah pun terlena. Malam ni mak demam sebab masuk darah. Masa abah angkat mak bangun tadi nak bagi makan ubat, badan mak panas sangat. Bila dah tengok mak lena, aku turut silang tangan letak muka kat hujung katil. Duduk atas kerusi yang tinggi ni memenatkan tulang belakang. Aku tengok angah dah lama menekup muka kat hujung katil. Keletihan. Aku pun sama sebab balik keja terus datang hospital


Mata yang hampir terkatup tiba-tiba tersentak dengan suara keras angah. "Yot lari yot masuk bilik air! Mak guard datang!" terpisat pisat aku bangun menuju bilik air terus kunci. Entah berapa lama lagi aku kena tunggu. Mujur Henset kubawa sekali senang nak tepon angah. Berdiri sambil menantikan isyarat dari angah sungguh lama kurasakan. Sampai ada sorang makcik dah selamat membuang saham kat sebelah siap ada sound effect lagi tu yang aku tak tahan. Semerbak bau memenuhi rua
ng tandas. Aku tekup hidung. Cari lengan baju. Hidu dan hembus nafas tak teratur. Sesak nafas. Bau yang azab kurasakan. Memang deria bau ku agak sensitif pada segala bauan. Sebatu pun bole tau apa dan punca bau tu datang dari mana. Aduh..aku dah nak termuntah ni. Lemas dibuatnya.

Tiba-tiba ketukan keras dari luar menyetakkan ku. Angah rupanya. Angah kata mak guard dah keluar line clear. Phew..lega nya tak terkata. Cepat-cepat aku keluar dari tandas menuju katil mak. Macam lari seratus meter lagaknya termengah-mengah. Angah geleng kepala kesian. Tergelak p
un ada. "xper..lepas ni mak guard dah x datang dah. Boleh tidur sini" Kata angah. Aku angguk terus tarik kerusi sambung tidur kat hujung katil


Belum sempat nak lelap tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Mimpi kot. Dah lewat malam ni. "Haloo..excuse me..sini berapa orang jaga?" aduh..mak guard india tu datang lagi. Kali ni tak boleh lari. Aku jawab dua.

"Sorang saja boleh jaga. Sorang lagi kasi keluar" tak ada kas
ihan aci guard ni. Aku akur. Lari macam mana pun kena jugak nanti. Aku jawab ok. Angah yang baru terjaga kerana suara aci itu terpinga-pinga.

"xper ngah org tido luar. Nanti jaga mak" aku buat-buat cool. Memandangkan badan angah agak berisi senang nak angkat mak kalau nak ke toilet nanti. Aku buat lengah nak keluar tapi mak guard tu tunggu. Aisey..tak der can nak ngelat.

Sampai jer pintu luar wad, aku pusing kanan. Tak tau nak lepak mana. Kereta jauh kat depan. Kunci pun tak bawak ada dalam drawer katil mak. Cari port dapatlah satu pondok kerusi betul-betul depan tandas. Tak ada orang. Dekat ngan wad kanak-kanak. Erm..xperlah tido sini pun jadilah. Maka malam itu bertemankan sang nyamuk dan sejuk angin malam, aku baring macam pelarian kat kerusi pondok. Memang tak boleh tido sebab nyamuk semakin menggila menghisap kaki ngan muka ku yang tak pakai stokin. Habis berbintat dibuatnya.


Sejam berlalu, angah datang bawak ubat nyamuk pasang kat hujun
g kaki. Angah kata dia risau tengok aku sorang-sorang tido depan tandas. Perempuan pulak tu. Aku cakap aku ok lagipun ada mak guard dekat wad kanak-kanak tu buat rondaan. Gasakla kalau dorang nampak gaya tido aku yang macam-macam pesen akibat nak elakkan nyamuk. Lebih satu jam baru angah masuk wad semula nak tengok mak. Sepanjang bergelandangan seketika di pondok depan tandas tu macam-macam bunyi aku dengar. Mungkin sebab itu laluan pejalan kaki jadi macam-macam orang lalu. Tapi..bila fikir-fikir sapa nak lalu jam tiga empat pagi macam tu? Bukan ada orang datang melawat pun. Sehinggalah azan subuh berkumandang, bunyi orang lalu lalang dah tak ada. Mungkin mainan perasaan aku jer kot. Xperlah yang penting dah tak ada bunyi dan boleh terus cuci muka nak solat.



Inilah gambar nenek yang sempat aku amik curi-curi pakai henset cap ayamku. Kabur tapi bolehla nampak sikit. Tu anak nenek yang jaga bukan menantu nenek.Sampai sekarang tak tau status nenek macam mana . Harap nenek sihat dan moga-moga nenek cepat sembuh ya...




Wednesday, April 20, 2011

scone?

Tak tahan ujian dan godaan lagi-lagi bila tengok makanan kat blog mama Q. Ups..secara tak malunya nak panggil mama takpe ya ma...Telan air liur saja bila tengok makanan sedap-sedap. Bahan pun boleh tahan senang cuma antara rajin tak rajin jer nak buat. Hurm..banyak yang pending sejak dua tiga menjak ni. Tapi will slowly la try belajar mana yang rasa senang. Akibat tergoda dengan resipi scone mama, balik keja tadi berasap sikit dapur. Ada bau-bau harum macam kat kedai bakeri. Yer ker kedai bakeri bau macam ni? Entahla tapi kalau dah harum semerbak anggaplah ianya macam bau kat kedai kek.



Lagi pulak hujan kat luar menambahkan rasa lapar yang amat sangat. Wahai perut, tahan sikit ya tunggu sampai scone masak. Jenguk peti ais kalau kalau ada bahan. Kira cuma susu cair tukar susu segar dan tepung naik sendiri tukar dengan tepung gandum. Agak-agak jadi tak resepi scone tu? Harap-harap jadilah. Nak tau jugak camana rasa scone tu. Tengok gambar blog Mama Q macam sedap jer. Takperla tak salah kalau nak mencuba kan.




Bahan-bahan ikut resepi mama Q. Minta izin copy ya ma


2 cawan tepung naik sendiri (aku pakai tepung gndum +baking powder+soda bikarbonat=bole ker ni?)

60 gm gula kastor
secubit garam
120 gm butter
1/2 cwn susu cair (susu segar jer yg ader)

60 gm kismis (x letak sbb xder)



Cara-cara



  1. Tepung+gula+garam gaul rata dalam satu mangkuk


  2. Masukkan butter gaul rata


  3. Masukkan susu cair gaul rata


  4. Tabur tepung atas dulang pembakar. Letak adunan atas dulang dan ratakan. Sapu dengan susu cair


  5. Bakar dalam suhu 180 ikut suhu oven masing-masing lebih kurang 25 minit

Ni masa sebelum bakar. Tak letak atas dulang pembakar. Try letak dalam tray muffin ni.






Ni masa tengah bakar. Berkobar-kobar sampai baring depan oven nak tengok dah masak ke belum.












Dan selepas dibakar, inilah hasilnya. Jadi ke tak ni ma? Macam tak jadi jer..err..takperla kan. Luar rasa keras tapi kat dalam rasa lembut. Esok pagi boleh bawak bekal g school. Air kotak ribena pun ada molek benarla tuh. dah tergelak sorang-sorang tengok scone yang tak cantik macam ma buat. X perla janji ada rasa. Dah ngap dua ketul masa panas-panas. Makan macam tu jer tak letak apapun tapi sedap! :)









..berikanku satu kekuatan..




Keletihan minggu sudah tak hilang lagi, ditambah pula letih sepanjang minggu ini. Rasanya badan dah bagi signal suruh rehat tapi hati dan otak menidakkan. Akibatnya semalam lepas jumpa Dr S ,terpaksa buat jahat. Time sleep sampai pukul 12.30 tapi sampai pintu base camp 1.50. Huh..mujur bangun lepas terlelap seketika. Kalau tak bangun, mau terlajak sampai petang. Sempat balik umah kejap makan nasi dan makan ubat sampai rasa mamai pulak. Gagahkan diri bangun. Lantakla chief nak kata apa sebabnya tindakan dia semalam membuatkan hati ini menjeruk rasa yang tak bertepi. Keterlaluan. Tak ada rasa kasihan. Memang betul la selama ini cuba pekakkan telinga pejamkan mata dengan tindakan dia yang hati kering itu, tapi when it happend to myself, i felt dissapointed. Lepas ni kalau dia buat lagi, hati ini tidak akan teragak-agak buat 'notty' lagi. Haha..sudah berani nampaknya sekarang ini ya. Takpela..demi masa depan jugak...have to selfish kadang-kadang.

Plan nak main masak-masak juga tergendala seketika. Kejadian tak disangka menimpa bila mak terpaksa masuk wad sebab jatuh minggu lepas. Masih relax cool bila abah bagitau mak jatuh. Siap suruh abah bawak g klinik dulu kalau esok mak tak ok tapi bila Uda call cakap mak hampir tak bole bercakap, aku tergamam tak terkata. Biar betul? Seraya badan bergetar sejuk. Sardin yang dalam periuk untuk bekal esok pagi terpaksa kututup. Betul-betul tak tau nak buat apa. Ok sabar relax yot..jangan gabra. Tarik nafas, lepas. Sakit perut yang memulas sejak petang pun dah tak terasa. Tak fikir apa. Sempat call busu suruh balik segera. Sardin terus masuk fridge. Capai beg sumbat baju dan track. Tak sempat kemas. Terus pecut kereta balik kampung di tengah pekat malam (sebabnya memang tak boleh drive malam akibat silau) Tawakkal saja sepanjang perjalanan ditambah pula perut yang memulas tak berhenti.

Kuatkan semangat walau rasa macam dah tak daya dah. Kalaulah terkincit dalam kereta ni tahan sajalah bau semerbak tu. Urgh..memang sengsara. Jumpa abah kat hospital wad kecemasan. Mak masuk air. Doc cakap mak kena warded sebab lemah sangat. Nak Xray takut kalau-kalau ada darah beku masa jatuh tadi. Angah cakap biar angah yang jaga mak esok giliran aku pulak jaga. Aku akur tanpa sebarang bantahan. Lagipun keadaan tak mengizinkan. Sebelum mak warded, 4 kali aku melabur saham di toilet awam hospital tu. Sebelah toilet tu ada van jenazah plak tu. Hilang segala takut. Terkincit punya pasal sampai van yang paling aku takut selama ni pun bole jadi berani.


Kisah mak kena warded banyak rentetan nya. Nantila, cari satu masa yang sesuai untuk sambung. Banyak yang nak diceritakan cuma tak tau yang mana satu nak mulakan dulu. Yang pasti, pengalaman menjaga mak merupakan satu detik yang paling berharga untuk dikenang. Walaupun waktu itu sangat sukar bagi kami untuk meyakinkan emak bahawa emak akan sembuh seperti sediakala.



Friday, April 8, 2011

Letih



Take 5 jap. Mata dah berair. Terasa kelat sampai nak kerdip pun pedih. Pencahayaan banyak sangat agaknya. Juga pembacaan yang tak berhenti dari tadi. Letih. Mata terasa letih. Meja pun dah berselerak macam tongkang pecah. Semua ada atas meja tunggu dateline.


Sabar ya hati, petang nanti siap urusan mesyuarat bolehla balik. Tak sanggup nak menanti lebih lama. Satu penyiksaan. Mak, tunggu kita balik ya.

.:rajin adik rajin part 3:.



Teroverdose bawak bekal semalam. Untuk sarapan jer megi goreng ngan roti butter + strawberi. Tapi tak da rupa megi goreng sebab terlebih air. Tak pe lah janji perut tak kosong. Yang benarnya bawak juga roti canai paratha tu tapi dah abis kena ngap sebelum sempat di tayangkan. Mungkin sebab kelaparan. Mencari parking dikala ada event besar di base camp memang menguji kesabaran. Yang pasti juga kena datang awal supaya parking tak diambil orang luar. Kalau lambat, alamatnya parking la dekat padang nun jauh di sana. Tak rela..mau lencun baju. Mau cair mekap yang dah sedia ada hihi..









Untuk lunch pulak nasi lauk ikan bilis masak kicap pedas ngan sayur cendawan +carrot. Hurm..teringat zaman kecik-kecik dulu kalau bawak bekal suka bungkus dalam kertas suratkhabar lapik plastik. Suruh mak letak nasi banyak-banyak sebab nak makan ngan kengkawan. Bila waktu rehat boleh makan ramai-ramai ngan dorang yang jugak bawak bekal. Makan bawah pokok ketapang tak pun belakang pusat sumber tempat basikal. Makan rebut-rebut best. Kalau tak sempat bawak bekal, selalu beli kat Ayip kawan satu kelas. Mihun mak Ayip sedap sangat memang tak jemu. Semua orang suka masakan mak Ayip tak kira nasi lemak ataupun mihun goreng. Bahulu gulung mak Ayip pun sedap sampai kalau time nak raya mesti tempah kat mak dia. Tapi..tu dulu. Sekarang dah tak buat dah. Mungkin tak larat. Ayip pun dah berjaya sekarang dengan apa yang dia ada. Kagum dengan semangat yang ada pada Ayip. Eh..dah melalut kat Ayip ni kenapa eh? Saja, sekadar sumber inspirasi di kala sunyi. Yang pasti, Ayip memang tabah.

Wednesday, April 6, 2011

.:Rajin adik rajin part 2:.



Menu bekal hari ini nasi putih lauk ayam goreng bersambal. Sayur sawi dan carrot tumis kurang pedas. Sebab ayam sambal tu dah cukup buat telinga berasap. Pedas yang amat. Lainkali tak nak beli cili kering kedai Abg La (bangla) tu lagi.





Breakfast pagi tadi roti canai paratha jenama Kawanku yang plain. Sedap. Tak cicah kari pun. Makan kosong pun ok jer. Roti pulak sapu ngan butter strawberi dan butter gula. Tu pun masih terasa lapar waktu nak ke petang. Musykil juga selalunya pandai perut nan satu ini duduk diam-diam tidak bergendang tali kecapi. Tapi sejak bawak bekal, macam-macam kerenah dia buat. Mengada-ngada betul..

Tuesday, April 5, 2011

Rajin adik rajin..rajinla memasak..

Malam semakin melabuhkan tirainya. Mata pun macam dah x larat nak bukak.Letih bertungkus lumus kat dapur yang dah lama tak berasap, baru lah lega sikit dapat masak ayam goreng sambal kering untuk bawak bekal esok. Ya, dalam minggu ini kena merajinkan diri paksa bangun awal dari biasa untuk siapkan bekal sarapan dan makan tengahari. Memandangkan kafe tutup lagi maka kenalah bawak bekal. Nak menapak kafe lagi satu memang ampun. Berpeluh-peluh nak daki bukit ke kafe atas tu. Belum lagi panas terik membakar kulit yang semakin dimamah usia senja ni (takla senja sangat sedang-sedang meningkat dewasa jer. Mau kering dibuatya. Gara-gara semalam lambat ke kafe, maka tak banyak lauk yang tinggal. Punah harapan nak makan nasi berlauk. Jadi harap-harap kali ini dengan semangat yang suam-suam kuku dapatla kiranya memberi semangat pada diri sendiri untuk memasak setiap hari. Hari-hari? Aduh..memang masak!









Ni lauk untuk hari ini.Nasi putih lauk ayam goreng ngan sayur cendawan tumis pedas. Apple ngan biskut tu time untuk kudapan. Roti sapu butter ngan jem strawberi untuk breakfast. Aisey.. baru perasan ayam tu hangus sebelah. Konon nak ikut gaya chef wan masak sekali serentak lauk. Haa...sudahnya itam legam separuh bahagian ayam goreng tu. Hehehe..takper..masih boleh makan lagi. Kalau mak tau anak mak yang sorang ni bawak bekal p tempat keja,mesti dia terharu. Anak mak dah pandai bawak bekal rupanya...masak sendiri pulak tu.Harap-harap esok pun bawak bekal lagi. Jangan terlajak tidur sudah. Bukan boleh caya aku ni. Silap aribulan sambung balik lepas subuh.



Kalau ikutkan, esok teringin nak breakfast burger..tapi mana ada burger pagi-pagi buta melainkan McD. Takkan nak mintak abg burger jiran sepagar hantar. Kedai dia pun tak bukak lagi. Tunggu petang sikit la kot. Lama betul tak makan burger abg burger. Sedap dan lazat sebab dia tak lokek mayo ngan sos. Kalau suruh aku masak, hurm..memang tak sedap!

Monday, April 4, 2011

.:moga cepat baik ya mak:.

Pagi yang tak berapa nak cerah masa drive ke base camp. Hati pun tak berapa ceria sebab mak tak berapa sihat. Semalam seharian tak bermaya. Lepas bawak jmpa doc kasi satu injection, baru nampak ok sikit tapi itupun masih lemah. Malam tadi sambil tonton ABBPH kt tv3 sempat lari-lari jap masakkan sup sayur ngan bubur. Jadi pagi ni tinggal panaskan bagi mak breakfast. Harap mak masih ada selera.


Pesan pada mak rehat banyak-banyak. Kena makan walau tak selera. If not, nanti lagi mak tak berdaya. Rasa lega sikit walau risau tu tetap ada masa telefon tadi. Mak kata dah makan dah bubur yang aku masak tu. Lepas makan ubat nanti mak rehat. Pesan jangan buat satu keja pun lagipun malam tadi aku dah bersih dan kemaskan dapur. Tidur dalam keadaan penat terlampau sebelah mak. Nak pastikan yang mak betul-betul ok sampai tak sempat mandi sebab dah malam sangat (alasan). Yang pasti pagi ni bahu terasa sakit. Salah tidur kot..


Risau juga pada alang yang senyap. Selalu mesti ada satu @ dua mesej masuk tanya khabar. Ni tak. Jangan-jangan alang pun tak sihat high blood lagi. Alang, moga sihat ya. Asyik ilang jer penat nak tunggu alang mesej. Mak tanya mana alang lama tak dengar berita, tak jenguk pun mak. Aku cakap alang sibuk 'dengan urusan' kerja. Herm..tak tau alasan apa lagi nak bagi kat mak. Kadang rasa macam tak logik, alang sibuk, alang uruskan rumah yang rosak teruk, alang keja balik lewat tlg kawan jual burger dan macam-macam lagilah. Mak angguk tanda faham. Tapi dalam hati, siapa yang tahu. Moga mak cepat baik ya mak..


Monday, March 21, 2011

..x sbr nak..

Tak sabarnya mau pulang. Sudah letih jari jemari tulang temulang dan badan ini seharian di kantor. Erk..tak sedapnya ayat. Yang betulnya memang badan dah letih tapi gagahkan jugak bertahan.

Tak sabar jugak nak makan jemput-jemput mentega mak yang sedap tuh. Dua bekas mak bekalkan pagi tadi. Satu bekas dah selamat di makan sewaktu dalam pejalanan. Tinggal lagi satu bekas. Mentang-mentang pagi tadi jem gila sebab ada xcident maka nya kesempatan itu diambil sepenuhnya untuk ku makan dengan sepenuh perasan sampai abis!Erk..sampai base camp kenyang tersenyum sumbing tak lapar langsung hingga waktu lunch! Kebal jugak perut ni.

Apapun semoga dapat bertahan. Tahan dan tahan..erk..

Monday, March 14, 2011

..lengang..



It's like a heaven pagi ni drive ke tempat keja. Took only about 10 mins sampai kat parking. Phew..kalau hari-hari macam ni memang aku suka! Selalu dalam 20-30 mins (kalau jem) baru sampai parking. Ni sebab cuti sekolah kot yang tak sesak sangat jalan tadi. Boleh feeling-feeling macam kat korea bila lalu jalan yang banyak pokok besar rendang dan redup jer kat area situ. Hopefully malam-malam tak de lah geng hantu kak limah buat port kat situ. Seram jugak kalau sorang-sorang lalu situ. Dibuatnya tergantung terbuai-buai kat celah pokok tu mau tekan minyak tak ingat punya.



Semoga cuti sekolah yang seminggu ini dimanfaatkan bersama. Selain aktiviti yang berfaedah, rasanya lebih elok kalau satu famili dapat menghabiskan masa bersama. That is the precious moment yang susah nak jumpa bila masing-masing dah besar. Jadi hargailah masa yang terluang tu. Kalau kena bencana macam kat jepun tu tentu nak menyesal pun tak guna. Agensi berita jepun melaporkan berkemungkinan angka kematian akibat gempa bumi dan tsunami minggu lepas boleh mencecah hingga ke 10 ribu orang memandangkan sehingga kini angka kematian semakin meningkat dan sukar untuk menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan bangunan.





Bersyukur dapat duduk kat M'sia walaupun macam-macam isu politik yang kian panas diperkatakan tapi mujurla bencana alam tidak berlaku. Yet still ada yang kecik-kecik macam banjir, tanah runtuh tapi tidaklah seteruk di negara luar. Apapun moga-moga rakyat M'sia kat sana selamat trmasuk juga k.hana http://hanamemories.blogspot.com/ jepun yang selalu kita intai resepi sedap dia tuh!

Sunday, March 13, 2011

..oh bulan..



Sedih sangat dikala ini. Shiha mentor musim ke 5 nyanyi lagu Menghitung Hari sikit pun dah bergenang air mata. Memang sedap suara Shiha anak didik kak pah ni. Layan perasaan dulu. Kenapa mesti bersedih? Sebab apa? Sukarnya nak luahkan pada Bulan sebab dia mesti tak nak tau dan ambil tau. Bulan tengah sibuk. Sibuk dengan dunia dia. Sampai dengan kita pun tak ambil tahu. Bulan tahu tak kita terasa hati sangat dengan Bulan yang makin lama makin malap nak sinarkan cahaya dikala malam? Kenapa Bulan suka main sembunyi-sembunyi? Kita letih nak tunggu Bulan muncul. Macam pungguk rindukan Bulan yang tak kunjung tiba.


Bulan janji nak muncul lepas matahari terbenam tapi sampai sekarang Bulan masih lagi menyembunyi di balik awan. Tak mengapalah kalau bulan tak mau muncul. Kita pun dah letih nak tunggu. Dah 2 DVD kita khatam termasuk Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang kita dok ulang 2 kali. Cer citer cer citer kat kita napa Bulan hilang? Baik kita tunggu Husin jer la daripada tunggu Bulan. At least bole merasa naik motor Husin yang merah menyala tu sambil feeling-feeling ala era fazira ececececeh..berangan!


Pesanan buat Bulan. Jangan sampai Bumi merajuk dengan Bulan. Kalau bulan tak ada, Bumi masih ada lagi sang Mentari untuk bantu bumi bersinar dan bercahaya. Bulan memang tak pernah mengerti. Yang bulan tahu mempamerkan keegoan Bulan dengan sinar Gerhana Bulan. Eh, teringat pulak lagu iklim Gerhana Cinta Luka. Tapi Bulan tak pernah terluka kan..Bulan kan planet yang banyak debu dan sunyi..





Laksa Bujang




Lama tak buat laksa. Memang favourite sejak kecik tapi tak reti nak buat. Sebab teringin sangat nak makan, try buat sendiri tapi banyak la pulak masak.Aduh..kembung perut nak abiskan setengah periuk kuah! Suka makan tak ada cili, bawang, nenas dan segala bagai yang akhirnya nanti kukuis ketepi. Takpe..makan sorang takder saper nak komen hik hik. Kira ni laksa togel. Layan jer la yot. Laksa bujang katakan..cair betul.. :)

Friday, March 11, 2011

Penyakit Bonggol Perempuan


Terbaca satu artikel dalam fb Siti Aishah Hanin yang cukup bagus inti patinya. Buat renungan bersama.



Penyakit Bonggol Perempuan
by
Siti Aishah Hanin



Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.














Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.



-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.
+Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!


1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.
Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…



Tapi…kenapa sanggul?

Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.

Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…


Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.

Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa. Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…

Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;
“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)





Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..

Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.



Pernah tegur seorang teman yang suka pakai getah ikat rambut yang ada rambut palsu warna warni. Bila pakai tudung nipis nampk rambut ori dan palsu beliau yang terjongket macam sanggul unta. "saya rasa awak pakai tudung proper lagi lawa dari pakai nipis nampak rambut" sambil melirik manja she replied, "xperla..kita suka.."

Well..i just said what i should do as muslim. Ingatan juga pada diri sendiri takut nanti menegur orang lain diri sendiri pulak yang lalai. But alhamdulillah sehingga kini masih 'old fashion' dengan tudung bawal ke tempat kerja. Tapi tak taulah akan datang macam mana. Kot-kot berubah fesyen pulak. Setakat ini 2 helai koleksi tudung yang ader awning jer pakai g kedai beli sayur. Sebabnya muka ku yang bulat macam bulan ini nampak pelik bila pakai tudung ada awning apatah lagi nak bersanggul bagai macam sanggul unta. Urgh..nampak macam unta tercekik tulang nanti. Wallahua'lam

Wednesday, March 9, 2011

..park @ my parking..

Sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba deringan handset memecah kesunyian malam. Siapa pulak malam-malam hantar msg ni. Kacau betul orang nak tido. Kusangkakan abg burger jiran sepagar nak hantar free delivery tapi rupanya bukan. Its my bos! Aduh..apalagi ni. Mesti ada hal-hal pasal esok. Ya, esok aku kena gantikan bos g miting besar. Miting yang cukup aku phobia nak pergi memandangkan ahli mesyuarat semuanya bos-bos belaka. Tensi dibuatnya. Aku gosok-gosok mata tak paham baca mesej bos. Mesej nya berbunyi begini..



"esok n lusa u park kt my parking. Nti org tu park lg!"



Er..sapa plak ni yg bos maksudkn. Lemau sungguh nak paham. Pejam mata lagi la kot kot bole dapat gambaran. Owh..ic..tau dah sapa yang bos maksudkan. Orang itu yang berani mencuri parking bos walau dah sah-sah ada nama bos kat parking tu. Mana lah bos aku tak angin satu badan bila sedap-sedap jer amik parking orang lain. Memang tak sekolah petang betul. Aku reply ok bos. Tu jer jwpn yang ok kot sebab aku pun tak tau nak kata apa. Blur dan mamai. Tengok jam rupanya dah pukul 11.30 maunya tak lemau.


Tapi itula..walau bos dah bagi mandat suruh park kat parking dia, sure kontroversi punya esok. Dahla ganti bos g miting besar, sampai parking pun nak sapu sekali. Memang kaki bodek bos la kalau rakyat jelata tau. Den pedulik apo..dah bos yang beri den kuaso suh park situ, apo laie..parking yor. Harap2 dapatla masuk parking dengan jayanya kerana tempat parking bos tu kena reverse parking sebab ruang sempit.


Bos suruh park pun sebab dia nak g tengok projek kat kk yang belum siap tu. Aku plak kena ganti dia g miting esok. Aduh..sebut pasal miting ni yang aku kecut. Terasa macam nak buat-buat pengsan atau nak buat-buat sawan ke camana eh? Kotla kan bole excuse.. Kalaula miting tu cancel kan bagus. I'm the luckiest person kalau batal. Sebabnya chairman tu suka test aku ngan soalan bombastik tak ingat. Tu yang tak suka tu. Harap-harap semuanya berjalan lancar esok though i know it's hard to say. Erk..kecut perut! Kepada bos, tq reserved kan parking untuk den yor. Sure bikin hot story lepas kejadian parking keta bos kena amik tempohari oleh manusia yang kekwat perasan bagus padahal pangkat bawah jer pun..


Yang pasti, dah tak boleh tidur plak ni. Mesej jiran sepagar rupanya bz dengan urusan honda. Aiseyman..terkebil-kebil la nampaknya kira cicak kat siling bilik ni sampai terlelap..


Hectic dan Blur






Semalam sangat hectic. Macam tak bernafas sampai nak fikir banyak pun tak sempat. Sudahnya jadi blur bila mengadap pc. Kira ok jugakla jadi panel temuduga tu walau first time. Kelam kabut gak sebab kena buat semua. Lepas tu diskusi projek yang kat sabah tu pulak. Jauh ceruk mana ntah sampai bekalan letrik pun tak masuk lagi! Building pun nampak scary sangat dengan lecak tanah liat. Mau kena pakai boot Phua Chu Kang nanti. Tak payah nak mimpi pakai high heel. Boot cuci tandas pun cukup suda..Sib baik chief yang pegi kalau tak, mau pinjam boot comel abah kat kampung tu. Apapun, semoga projek tu cepat siap dan tak mengganggu hari cuti yang dah ku plan awal tahun aritu. Aminn..

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru Tugasan Baru

Hari pertama di tahun baru dengan tugasan baru. Berdebar sikit sebab dah lama tak buat kerja depan tabir selalu belakang tabir jer. Lepas ni kena la selalu praktis. Tak larat nak layan kerenah macam-macam user. Hati kena sabar. Waktu makan pun dah lari huh cobaan betul. Apapun semoga sukses yer yot! :)