Followers

Friday, April 22, 2011

Kenangan di Wad 3



Dah seminggu berlalu tapi kadang-kadang ingatan terbayang masa jaga mak kat hospital wad 3. Walaupun hospital agak lama tapi telah diberi nafas baru. Kisah flash back bermula--jumaat malam sabtu dah start jaga mak bergilir ngan angah. Berbekalkan track suit dan t-shirt sarung sweater, kami berdua duduk dihujung katil. Suasana dalam wad masih meriah dengan kehadiran misi ngan saudara pesakit yang datang. Tak boleh ramai-ramai sorang dua jer boleh masuk.



Tiba waktu jam 12 malam, pintu utama wad pun ditutup. Suasana sunyi memandangkan tv tak bukak. Semalam saharian bukak tapi suara tak kedengaran. Mak duduk katil no 16 betul-betul dekat dengan bilik air. Senang sikit nak ke bilik air. Sebelah katil mak sorang nenek umur dah dekat 80. Kena strok. Anak, menantu dan cucu nenek yang jaga gilir-gilir dia.
Waktu pertama kali nampak nenek, tergamam sek
ejap sebab muka nenek serupa arwah nenek ku yang dah meninggal 3 tahun lepas. Saling tak tumpah dengan sanggul uban nenek mengingatkan ku pada arwah. Lama aku tengok. Agaknya Allah nak aku tengok puas-puas kot nenek kat sebelah ni. Aku tanya makcik yang jaga tu, rupanya menantu dia.

"Nenek sakit apa cik" aku rapat kat katil nenek

"kena strok" balas makcik putih yang merangkap menantu nenek

"doktor tak cakap apa?"

"tengok dalam dua tiga hari ni, kalau tak ok, kena pindah wad" Aku tengok muka nenek. Masa tu menantu nenek tengah masukkan susu dalam corong makanan nenek untuk disalurka
n terus ke hidung. Sedap bau susu tu. Penuh sabar dia masukkan susu sampai abis.

"minum ya mak..sikit lagi ya mak.." suara penuh kasih sayang. Baik sungguh menantu nenek. Jarang jumpa menantu sebaik itu. Sebabnya menurut cerita angah yang dah dua hari jaga mak, menantu nenek memang sabar. Macam anak sendiri layan mak mertua. Sanggup tidur atas semen nak pastikan nenek ada peneman. Tiap tiga jam sekali mesti bangun bagi nenek minum susu memandangkan nenek cuma boleh minum susu saja tak boleh nak kunyah makanan.



Malam ini patutnya kena sorang meneman satu katil. Tapi aku degil. Nak jugak jaga ngan angah. Angah pesan kalau ada mak guard, aku kena lari masuk toilet. Nanti kena halau. Aku angguk. Duduk hujung katil sambil urut kaki mak. Mak dah pun terlena. Malam ni mak demam sebab masuk darah. Masa abah angkat mak bangun tadi nak bagi makan ubat, badan mak panas sangat. Bila dah tengok mak lena, aku turut silang tangan letak muka kat hujung katil. Duduk atas kerusi yang tinggi ni memenatkan tulang belakang. Aku tengok angah dah lama menekup muka kat hujung katil. Keletihan. Aku pun sama sebab balik keja terus datang hospital


Mata yang hampir terkatup tiba-tiba tersentak dengan suara keras angah. "Yot lari yot masuk bilik air! Mak guard datang!" terpisat pisat aku bangun menuju bilik air terus kunci. Entah berapa lama lagi aku kena tunggu. Mujur Henset kubawa sekali senang nak tepon angah. Berdiri sambil menantikan isyarat dari angah sungguh lama kurasakan. Sampai ada sorang makcik dah selamat membuang saham kat sebelah siap ada sound effect lagi tu yang aku tak tahan. Semerbak bau memenuhi rua
ng tandas. Aku tekup hidung. Cari lengan baju. Hidu dan hembus nafas tak teratur. Sesak nafas. Bau yang azab kurasakan. Memang deria bau ku agak sensitif pada segala bauan. Sebatu pun bole tau apa dan punca bau tu datang dari mana. Aduh..aku dah nak termuntah ni. Lemas dibuatnya.

Tiba-tiba ketukan keras dari luar menyetakkan ku. Angah rupanya. Angah kata mak guard dah keluar line clear. Phew..lega nya tak terkata. Cepat-cepat aku keluar dari tandas menuju katil mak. Macam lari seratus meter lagaknya termengah-mengah. Angah geleng kepala kesian. Tergelak p
un ada. "xper..lepas ni mak guard dah x datang dah. Boleh tidur sini" Kata angah. Aku angguk terus tarik kerusi sambung tidur kat hujung katil


Belum sempat nak lelap tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Mimpi kot. Dah lewat malam ni. "Haloo..excuse me..sini berapa orang jaga?" aduh..mak guard india tu datang lagi. Kali ni tak boleh lari. Aku jawab dua.

"Sorang saja boleh jaga. Sorang lagi kasi keluar" tak ada kas
ihan aci guard ni. Aku akur. Lari macam mana pun kena jugak nanti. Aku jawab ok. Angah yang baru terjaga kerana suara aci itu terpinga-pinga.

"xper ngah org tido luar. Nanti jaga mak" aku buat-buat cool. Memandangkan badan angah agak berisi senang nak angkat mak kalau nak ke toilet nanti. Aku buat lengah nak keluar tapi mak guard tu tunggu. Aisey..tak der can nak ngelat.

Sampai jer pintu luar wad, aku pusing kanan. Tak tau nak lepak mana. Kereta jauh kat depan. Kunci pun tak bawak ada dalam drawer katil mak. Cari port dapatlah satu pondok kerusi betul-betul depan tandas. Tak ada orang. Dekat ngan wad kanak-kanak. Erm..xperlah tido sini pun jadilah. Maka malam itu bertemankan sang nyamuk dan sejuk angin malam, aku baring macam pelarian kat kerusi pondok. Memang tak boleh tido sebab nyamuk semakin menggila menghisap kaki ngan muka ku yang tak pakai stokin. Habis berbintat dibuatnya.


Sejam berlalu, angah datang bawak ubat nyamuk pasang kat hujun
g kaki. Angah kata dia risau tengok aku sorang-sorang tido depan tandas. Perempuan pulak tu. Aku cakap aku ok lagipun ada mak guard dekat wad kanak-kanak tu buat rondaan. Gasakla kalau dorang nampak gaya tido aku yang macam-macam pesen akibat nak elakkan nyamuk. Lebih satu jam baru angah masuk wad semula nak tengok mak. Sepanjang bergelandangan seketika di pondok depan tandas tu macam-macam bunyi aku dengar. Mungkin sebab itu laluan pejalan kaki jadi macam-macam orang lalu. Tapi..bila fikir-fikir sapa nak lalu jam tiga empat pagi macam tu? Bukan ada orang datang melawat pun. Sehinggalah azan subuh berkumandang, bunyi orang lalu lalang dah tak ada. Mungkin mainan perasaan aku jer kot. Xperlah yang penting dah tak ada bunyi dan boleh terus cuci muka nak solat.



Inilah gambar nenek yang sempat aku amik curi-curi pakai henset cap ayamku. Kabur tapi bolehla nampak sikit. Tu anak nenek yang jaga bukan menantu nenek.Sampai sekarang tak tau status nenek macam mana . Harap nenek sihat dan moga-moga nenek cepat sembuh ya...




2 comments:

  1. Hai sayang...
    ni blog yus ker? kah3...you really made my day with your slumberland....

    yus masih belajar? atau dah bekerja? apa khabar mak sekarang? mak sakit apa?...

    bersabarlah ya...pasti Allah telah sediakan sesuatu yg sgt mulia utk awak dan angah..juga emak awak....insyaAllah, amin.

    hey...scone tu nampak menjadi lar..luar garing dalam lembut..well done dear!

    yus...thanks for the laughs....luv you, take care always ya.

    ReplyDelete
  2. hi kak Q..windu sama kamu..thanx..

    Mak alhamdulillah dh beransur ok but still weak. Kita dh lama abis skolah tp ada hajat nk smbung blaja.

    er..btul ek scone tu jd? Sdp sgt. Resepi pun senang. Macih ya for the resepi..

    Lv u too..muah! :)

    ReplyDelete