Followers

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

 
 
Cantiknya tarikh hari ni
Nak abadikan juga walaupun tak ada entry yang best pun
hari ni juga dah 12 hari bam bam dihantar ke rumah pengasuh baru
setelah 'pengasuh lama' beri short notis tanpa belas kasihan 48 jam nak berenti jaga bam bam
alasan yang tak kukuh dan pengecut
bila datang ambil barang, hilang entah ke mana
hanya anak beliau saja yang ada
bagitau yang mak dia pergi pasar
walhal sebelum itu dalam telefon sang suami kakak tu suruh datang segera ambil barang
x apalah orang buat kita hari ni
esok lusa kita tak tau nasib masing-masing
 
 
 
12 hari juga meredah trafik jammed hampir satu jam
berbanding sebelum ini 15minit saja dari rumah
berkorban demi bam bam
segala nya untuk bam bam tersayang
cepat besar ya sayang!
 
 
bam bam yang semakin tembam! :) 
 

Wednesday, November 14, 2012

Ketam Masak Kari Express

Menu semalam ketam masak kari express. Resepi untuk orang bujang pun bole. Hujan-hujan bila makan lauk macam ni ngan nasi panas pun dah kira sedap. Suka anak-anak k.long makan sampai tambah nasi. Aku bagi dorang makan dulu sementara nak tidokan bam bam. Habis saja endoi, tengok dalam periuk dah tinggal sepit ketam..

Sian anak buah aku mesti dorang lapar lagipun aku tau dorang jarang dapat makan macam ni. Aku tak kisah janji dorang suka dan alang pun suka.

Resepi ni mak yang bagi tapi kalau ikut mak, suka buat kuah pekat tak cair. Tapi kesian kat dorang pulak takut tercekik. Semestinya kalau mak masak laaagi sedap...air tangan mak memang terbaik!


Bahan-bahan
3 ekor ketam sederhana dibersihkan dan potong 2
Sebiji bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
2 sudu besar rempah kari +sedikit air jadikan pes
garam dan perisa
air secukupnya

Cara-caranya
Tumiskan bawang merah, putih dan halia sampai layu.
Masukkan pes kari dan kacau sebentar
Masukkan ketam, kacau dan tuang sedikit air. Tutup dengan penutup periuk sekejap
Perasakan dengan garam dan perisa.
Angkat dan boleh dihidangkan..

Monday, November 12, 2012

Cara Manis

Kuih cara manis ni dah buat minggu lepas buat tapi baru nak masuk dalam entri hari ni. Resepi ambil dari internet tapi ya ampuunn...bole lupa nak amik dari blog siapa. Nanti kalau jumpa update balik. Rupanya senang nak buat kuih ni. Antara rajin dengan tidak jer..

Erk..saya budak baru belajar..banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi kalau untuk makan sendiri, yang ni pun dah kira ckup sedap! Tengokla tu ada yang dah garing sangat..Hee... :)



 


Resepi seperti di bawah


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 helai daun pandan (blender dengan sedikit air utk dapat jus pandan)
sedikit pewarna hijau
Telur 2 biji
sedikit garam


Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dalam blender dan mesin
Tuang dan tapis adunan
Panaskan acuan atas api kecil dan lengserkan sedikit minyak . Tuang adunan dan selepas itu masuk kan gula kedalam nya.
Tutup acuan sebentar dan tunggu hingga masak. Angkat

Monday, November 5, 2012

Hepi Belated Birthday Mama Q!

Entry ini ditujukan buat mama Q...dah terlewat so nak wish Heppy Belated Birthday Mama! Semoga dipermudahkan segala urusan...dilindungi dan diberkati selalu olehNya. Moga sihat-sihat selalu jadi boleh update entry baru selalu huhu...
 
 
Blog beliau sering kuintai cinta dalam rahsia untuk cuba resepi baru. Selalunya dah cuba tapi tak ambil gambar jadi tak dapat nak letak kat entry. Tapi ada satu entry buat scone memang syeedddap lor. Bukan apa.. blog mama senang nak faham sebab simple dan tak grand sangat. Cukup sekadar faham step by step tak perlu gambar canggih lighting canggih manggih untuk hasilkan gambar terbaik. Janji gambar semua bahan cukup terang. Eh, minta maaf bukan tak suka blog blogger masakan lain yang siar gambar cantik, itu lagi bagus. Cuma nya aku rasa mama nak senangkan kita faham bahan masakan yang mama guna.
 
K la mama..tak ada hadiah special selain doa di kejauhan ini. Teruskan masak sedap-sedap tau! Sekarang dah pandai bangun awal pagi subuh-subuh konon konon nak masak macam mama buat time orang semua tido, kita berjaga..tapi kan..aku bukan buat catering la...apa kes nak tiru mama tu. Hek eleh...perasan la budak sorang ni. Heee...tapi satu kejayaan besar masa raya haji aritu dapat buat pulut kuning, kuah kari telur dengan 2 biji brownies choc cheese. Bangun jam 5 pagi hehehe penat tak terkata. Maklumlah baru belajar.Tapi sayang, sekeping gambar pun tak dapat nak snap sebab penat punya pasal. Apapun hepi sebab semua orang suka makan juadah tu. Mekasih mama sumber inspirasi nak masuk dapur masak-masak.
 
 
Last but not least, terimalah sepotong coklat brownies with vanilla ice cream sempena besday mama yang ke...?
 
 
Kita makan bagi pihak mama yer..



Bungkusan Misteri

Bukanlah misteri sangat tapi cara penyampaian bungkusan itu disampaikan yang buat nak tergelak..Memang dari dulu lagi sejak berjiran dengan ayu ni, kami memang mengamalkan konsep gantung barang di pintu grill rumah masing-masing. Ini disebabkan cara rumah yang kami duduk ni lain pesen skit. Walaupun kami duduk satu rumah banglo yang besar tapi pintu lain-lain haaa...pelik betul bunyi nya. Tapi betul la tu.
 
Jadinya nak pendek cerita, aku terima satu bungkusan kecil kat pintu grill lagi sekali. Sebelum tu ayu dah mesej suruh ambik bungkusan tu. Ok la aku pun akur dan tanpa sempat tengok apa isi kandungan dalam bungkusan tu terus aku masuk dalam kereta.
 
 
Al kisahnya ayu nak pulangkan bekas nasi goreng yang aku beri tempohari. Memandangkan waktu bekerja kami tak sama jadinya nak berjumpa agak payah . Cara terbaik,ayu tinggalkan pesan saja di pintu grill.  Sampai saja di base camp baru aku buka bungkusan tu..



 Siap ikat reben merah lagi. Tak pasti apa isi kat dalam.





 
Dah bukak. Owh...nampak ada coklat la...



 
Mari bukak penutup dia. Owh tidak..may fav choc tiramisu!
 
 
 
Dulu kalau tak silap packaging biru putih.Sekarang ni dah tukar ker.. 
 
 
 Isi kat dalam tetap sama. Pahit kat luar bila digigit tapi lama-lama manis bila dah kunyah. Erm..sedap meh! heeee....suka suka...sekali makan mesti nak lagi! Tq ayu!



Thursday, November 1, 2012

Hujan...

Di luar sana hujan turun mencurah-curah. Petir berdentum diiringi kilat sabung menyabung. Sesekali terasa pantulan cahaya di balik kaca bilik ini. Mujur ada blind curtain..kalau tak, mau nyorok bawah meja. Harapnya petang ni tak banjir bawah jambatan dekat dengan kilang sony tu. Mau jem sampai malam.
 
Ambil masa untuk lelap sempat agaknya ni. Teringat sangat pada bam bam bucuk sorang tu. Apa la yang sedang dibuatnya sekarang. Harap-harap tidur lena ya sayang. Tak sabar nak bawak bam bam balik petang nanti.

Sarapan Pagi

Alhamdulillah dah pun masuk bulan November. Sekejap saja masa berlalu dah nak hujung tahun..bila hujung tahun memang ramai staff kat base camp ni cuti bawak family bercuti. Tak kurang juga nak bawa anak-anak beli baju sekolah dan keperluan yang sewaktu dengannya.
 
Teringat masa kecik-kecik dulu time nak beli kasut sekolah, abah akan guna tali rafia untuk ukur kaki kami adik beradik beli kasut kat kedai cina di pekan. Kedai ban lee kot kalau tak silap nama kedai tu. Sampai sekarang kedai tu masih ada lagi warisaan turun temurun. Bila diingat kelakar juga waktu nak beli kasut tu memang tak ada pilihan selain akur dengan citarasa abah. Ya la..kami adik beradik dah enam orang takkan nak bawak semua ke pekan beli kasut. Waktu tu perkhidmatan bas kat kampung agak terhad jadi susah nak berjalan. Jadi nya cara terbaik dengan ukur kaki pakai tali lepas tu bawak p kedai kasut tu cari ukuran yang abah bawak. Kadang tu tak muat jugak. Terpaksa tukar balik. Tapi...lepas masing-masing dah sekolah menengah, beli kasut tak pakai tali lagi dah. Malu.. Abah pun dah ada kereta jadi himpit-himpit duduk ngan adik beradik dalam kereta. Selalunya aku jadi mangsa duduk kat bonet belakang (kereta abah kalau tak silap yang tempat bonet dia bole jadi tempat duduk. tak ingat jenama apa..) sampai sakit punggung duduk kat belakang tu. Tapi seronok..
 
 
Bila dah sekolah menengah mula la demand sikit tak mau kasut tali. Sebabnya leceh nak ikat tali dan memang pemalas sikit pun hihi...Tapi citarasa tetap yang murah sebab abah dah pesan jangan cari yang mahal-mahal nanti kesian kat adik beradik yang lain. Ok yang tu no problem sebab dah biasa dah.  Janji ada kasut nak pakai pergi sekolah.
 
 
Time sekolah jugak (sekolah rendah) rajin bawak bekal..duduk ramai-ramai bawah pokok sena bukak bekal masing-masing makan bersama. Ada juga kadang-kadang makan kat kantin tapi...jenuh nak beratur. Lagi pulak kalau nak makan laksa Mak timah yang sedap tu selalu tak dapat. Dulu harga 30 sen..tu pun dah kira mahal bagi aku.Tapi kalau makan bawak bekal seronok. Bila longgok makanan tu memang banyak. Ingat lagi sambal ikan bilis yani yang digoreng tepung . Alahai..dah tak jumpa dah sekarang. Memang sedap mak yani masak. Bila balik kampung lalu depan sekolah, pokok sena tu dah tak ada dah..bangunan pun dah banyak yang baru..miss my old school..
 
Bila dah dewasa separa senja ni bawak bekal ke tempat kerja pun dah jarang. Boleh dibilang dengan jari..kenapa ya kecik-kecik dulu rajin jer kalau mak suruh bawak bekal, memang tak tolak. Hahaha...tak sempat nak masak yang betulnya. Cuma air masak jer rajin hari hari aku bawak.. Tapi hari ni ada rajin sikitla. Bawak bekal ke tempat kerja. Syabbas bettey hihi..





 
 
Tu dia nasi goreng resepi mama Q bersama sambal udang leftover malam tadi punya dan juga nugget beserta ayam goreng kentucky. Tapi nasi tu tak macam rupa mama Q buat dan kepedasan kurang sikit. Tapau dua bekas untuk kasi pada ayu jiran bawah. Suka dia dapat bekal dalam bekas Pooh biru tu. Jadi nya arini save sikit duit sarapan...untuk arini jer tu..esok lusa kuar duit semula hehe...

Tuesday, June 26, 2012

Rajin ker..

Hari ni bertugas kaunter lagi. Agak ramai student yang memenuhi ruang di depan kaunter ni. Mungkin intake baru rasanya. Kemas bertali leher dan pelajar perempuan pula sopan berbaju kurung. Beberapa kali aku menguap menahan mata yang mengantuk teramat. Mujur kaunter depan ada orang lain jaga. Kalau tidak mau aku dah tumbang depan kaunter tu. Rajin sangat bangun kul 5 semata-mata nak bawak bekal roti jala.
Kalau la mak tau anak dia ni buat sarapan sendiri roti jala, bangga agaknya hehehe..perasaan ajer! Mak dulu-dulu buat awal subuh steady ajer tak mengantuk pun..

Yerla nak jumpa aku masak time subuh-subuh memang satu keajaiban la kot. Biasanya nasi goreng pun dah memadai. Tapi sebab over rajin, dan kesian kat alang yang nak travel jauh pagi-pagi, gagahkan juga untuk buat roti jala. Sukatan pun main campak-campak janji ada rupa roti jala huhu..bab rasa...tak tau la. Bila tanya alang, dia cakap ok jer. Ok la kot.

Tunggu la kalau rajin nti upload gambar. :)

Friday, June 15, 2012

Nak Makan Nasi lauk macam ni...



Tiba-tiba teringat nasi lauk daging ayam kisar. yumm..rasanya tu yang sedap kot masa makan kat Jesselton KK beberapa bulan lepas. Perut memang lapar time tu jadi order la nasi yang macam rasa paprik tu. Hai..bila lagila nak terbang naik p KK lagi.

Alang cakap tadi nak ajak makan kat downtown. Tapi kat sana mana ada nasi yang serupa macam kat atas tu. Yang betul nya alang nak cari barang untuk gajet baru dia la tu. Oh alang..belanja ABC cendol sekali bole tak. Time-time panas berjerebu ni memang sedap kalau dapat ais. Berita tv cakap tadi memang ada kebakaran hutan kat sumatera dan juga area selangor. Apala dorang ni bakar tak fikir kesan jangka panjang. Tau nak untung aja. Tapi menyusahkan ramai manusia lain. Haish...

Salam Jumaat..






Salam jumaat penghulu segala hari. Moga beroleh keberkatan di hari yang mulia ini. Lama sangat tak jenguk rumah ni. Bersawang memang tak boleh cakap. Labah-labah pun takut nak masuk hihihi...Suam suam kuku pun ada jugak jenguk tapi ni langsung tidak. Nak buat camana, asal nk masuk entri jer separuh jalan pastu terus cancel sampaila ni. Teruk bunyi nya.

Mood amik gambar pun terus menurun. Kalau amik pun lepas tu perap buat pekasam. Haish..memang teruk penyakit M ku ini. Tak per la slow-slow la nti mana tau dapat balik aura nak update entry.

Base camp lengang lagi. Maklumla hari jumaat rehat panjng. Makcik-makcik kat sini dah awal-awal angkat kaki keluar window shopping dan shopping. Aku memang tak ada la sangat walau pun bukn kategori makcik. Tak nak ngaku tuh. Lagipun petang ni meeting projek. Banyak doc nk kena sediakan. Kalaula ada pembantu..alangkah bahagianya. Nanti time aku cuti panjang pandail-pandaila Chief cari orang lain ganti tempat aku sementara. Huhu..tak sabarnya nak bercuti...


Perut start bunyi plak. Bukan tengahari tadi makan free ker..bahagian training yang belanja roti jala..nasi goreng..kuih kole kacang..buah...pergh..memang dasar kuat makan. Sib baik Jack panggil makan, kalau tidak, melepas nak pekena roti jala yang sedap tuh..ermm.nak rest jap. Harap-harap tak blackout la bangunan utama ni mcam minggu lepas Kepanasan dok dalam miting. Chief pulak selamba jer suruh teruskan..