Followers

Thursday, November 1, 2012

Sarapan Pagi

Alhamdulillah dah pun masuk bulan November. Sekejap saja masa berlalu dah nak hujung tahun..bila hujung tahun memang ramai staff kat base camp ni cuti bawak family bercuti. Tak kurang juga nak bawa anak-anak beli baju sekolah dan keperluan yang sewaktu dengannya.
 
Teringat masa kecik-kecik dulu time nak beli kasut sekolah, abah akan guna tali rafia untuk ukur kaki kami adik beradik beli kasut kat kedai cina di pekan. Kedai ban lee kot kalau tak silap nama kedai tu. Sampai sekarang kedai tu masih ada lagi warisaan turun temurun. Bila diingat kelakar juga waktu nak beli kasut tu memang tak ada pilihan selain akur dengan citarasa abah. Ya la..kami adik beradik dah enam orang takkan nak bawak semua ke pekan beli kasut. Waktu tu perkhidmatan bas kat kampung agak terhad jadi susah nak berjalan. Jadi nya cara terbaik dengan ukur kaki pakai tali lepas tu bawak p kedai kasut tu cari ukuran yang abah bawak. Kadang tu tak muat jugak. Terpaksa tukar balik. Tapi...lepas masing-masing dah sekolah menengah, beli kasut tak pakai tali lagi dah. Malu.. Abah pun dah ada kereta jadi himpit-himpit duduk ngan adik beradik dalam kereta. Selalunya aku jadi mangsa duduk kat bonet belakang (kereta abah kalau tak silap yang tempat bonet dia bole jadi tempat duduk. tak ingat jenama apa..) sampai sakit punggung duduk kat belakang tu. Tapi seronok..
 
 
Bila dah sekolah menengah mula la demand sikit tak mau kasut tali. Sebabnya leceh nak ikat tali dan memang pemalas sikit pun hihi...Tapi citarasa tetap yang murah sebab abah dah pesan jangan cari yang mahal-mahal nanti kesian kat adik beradik yang lain. Ok yang tu no problem sebab dah biasa dah.  Janji ada kasut nak pakai pergi sekolah.
 
 
Time sekolah jugak (sekolah rendah) rajin bawak bekal..duduk ramai-ramai bawah pokok sena bukak bekal masing-masing makan bersama. Ada juga kadang-kadang makan kat kantin tapi...jenuh nak beratur. Lagi pulak kalau nak makan laksa Mak timah yang sedap tu selalu tak dapat. Dulu harga 30 sen..tu pun dah kira mahal bagi aku.Tapi kalau makan bawak bekal seronok. Bila longgok makanan tu memang banyak. Ingat lagi sambal ikan bilis yani yang digoreng tepung . Alahai..dah tak jumpa dah sekarang. Memang sedap mak yani masak. Bila balik kampung lalu depan sekolah, pokok sena tu dah tak ada dah..bangunan pun dah banyak yang baru..miss my old school..
 
Bila dah dewasa separa senja ni bawak bekal ke tempat kerja pun dah jarang. Boleh dibilang dengan jari..kenapa ya kecik-kecik dulu rajin jer kalau mak suruh bawak bekal, memang tak tolak. Hahaha...tak sempat nak masak yang betulnya. Cuma air masak jer rajin hari hari aku bawak.. Tapi hari ni ada rajin sikitla. Bawak bekal ke tempat kerja. Syabbas bettey hihi..





 
 
Tu dia nasi goreng resepi mama Q bersama sambal udang leftover malam tadi punya dan juga nugget beserta ayam goreng kentucky. Tapi nasi tu tak macam rupa mama Q buat dan kepedasan kurang sikit. Tapau dua bekas untuk kasi pada ayu jiran bawah. Suka dia dapat bekal dalam bekas Pooh biru tu. Jadi nya arini save sikit duit sarapan...untuk arini jer tu..esok lusa kuar duit semula hehe...

2 comments:

  1. hehe...bagusnya ayu ni...
    skang ni zaman dh berubah kan ayu...kat cafe tmpat kerja kdg tu macam2 makanan yg menggoda jiwa....tak semua org cekal hati nak makan bekal hari2...hehe

    ReplyDelete
  2. mama..

    nama baru kita ayu yer..?hihiiii...yus yang ayu...(cet perasan!)

    Betul ckp mama kt cafe tu mcm2 ada smp rambang mata! Hati ys x cekal. Tak tahan godaan ngan makanan yg sedap tu. Kadang dh bawak bekal pun masih jugak turun g cafe saja cari kuih nak buat kunyah-kunyah..mana tak mcm bluehyppo skrg ni uhuk uhuk!

    ReplyDelete