Followers

Wednesday, July 29, 2015

Nostalgia Biskut Raya




Dulu dulu masa muda remaja suka tangkap gambar makanan termasuklah gambar biskut biskut raya bila beraya

Tapi sejak kamera compactku hilang sewaktu berpindah beberapa tahun lalu, terus berkubur semangat nak ambil gambar

Kamera handphone juga kualiti semakin kurang kerana calar yang amat. Ambil gambar pun macam duduk dalam kabus. Kabur sungguh

Jadi kesempatan beraya bersama abah dan juga adik bongsuku waktu raya yang lalu, aku pinjam kamera handphone beliau.

Adik geleng kepala tengok aku amik gambar biskut raya. Aku bagi alasan, biskut tu cantik tak ada kat umah kita..hee hee..

Tak banyak pun cuma sekeping dua..

Biskut Seroja yang susah nak jumpa. Inti peanut butter


Kek kukus lumut umah pak imam. Semua sedap tak terkata!



Baulu cermai warna warni umah nenek aji tempat aku mengaji kecik kecik




Biskut samprit dahlia..umah nenek aji jugak




Samprit bunga cina new version







Er...sebenarnya banyak lagi kalau nak ikutkan biskut yang aku nak amik. Tapi..tak sempat sebab dak kenit dua orang tu pun sibuk nak enterprem.. Alang tak tau aku snap gamba kuih raya ni. Kalau dia tau mesti geleng kepala tengok perangai pelik aku...


 

Kenangan Menjelang Raya..

Syawal 13. Sekejap ja masa berlalu. Nak update dari puasa aritu pun tak dan. Arini insyaallah puasa lagi. Puasa ganti dah abis, sambung puasa 6. Harap bertahanla sebab dugaan time puasa yang bukan bulan ramadhan ni sangatla banyak  hee..hee..

Syawal kali ni memang sangat berbeza dari tahun sebelumnya. Ya..bila mak tak ada, semuanya berubah sama sekali. Persiapan pun sederhana sahaja. Langsir pun tak tukar, lapik kusyen guna yang lama, juga lapik meja guna yang tahun lepas juga. Hambarnya. Tiada seri. Kuih pun hanya kerepek. Mujur juga aku sempat beli biskut butang or biskut senyum kegemaran arwah mak. Dulu dulu mak selalu buat kuih tu. Isi kacang dalam biskut dan goyang goyang sampaila dia keluar dari acuan dia. Memang klasik cara pembuatannya.

Malam menjelang raya, tugas aku masak kari ayam. Siang tu tolong kak ngah masak rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. K.ngah akan balik beraya di melaka rumah mertua jadi tugas aku pulak masak kari ayam malam tu. Kuantiti yang banyak takut gak nak masak. Satu periuk besar malam tu aku masak. Adik cakap tak sama macam mak masak..kau masak lain. Rasa pun lain..aish..camana nak sama..tu air tangan mak..tapi dia tolong jugak masa aku masak tu. Rajin pulak menolong bujang sorang tu. Sambil masak, sambil teringat mak. Kalau time macam ni mak tak tidur lagi. sibuk kat dapur masak macam macam lauk. Kadang sampai 2 pagi baru mak tidur nak pastikan semuanya siap untuk esok pagi.

Aku tengok adik pun bergenang air mata tapi dia control macho masa kacau kuah kari. Yer...aku tau ko sedih dik..tapi ko tak nak tunjuk kan..Kadang dia buat lawak supaya suasana kat dapur tu tak terus sunyi sepi. Hanya aku dan dia jer yang ada di dapur waktu tu. Alang jaga budak kenit dua orang tu main bunga api. Siap masak, kemas apa yang patut, tengok kuih raya dah siap kat depan ruang tamu tu atas meja jadi dah tak ada apa dah. Esok tinggal panaskan lauk yang dah siap masak. 

Tapi esoknya ada drama tak terduga yang akan aku ingat sampai bila-bila. Haish..nak tegelak pun ada nak marah pun ada..kesian pun ada..nanti kalau sempat aku cerita balik..


Dapat makan ais krim sedap ni...(huh..puasa la.. :)  )





Tuesday, July 7, 2015

Kuih Gunting Mak

Hari ini masuk hari ke 21 ramadhan. Cepatnya masa berlalu dan tinggal berbaki 10 hari saja lagi. Persiapan pun belum buat apa lagi. Betul..memang belum prepare apa pun even sehelai baju raya untuk diri sendiri dan kenit dua orang tu pun belum beli lagi. Tahun ini memang suram dan segala nya belum ready. Tapi insyaallah tunggu hujung minggu ini akan cari juga sehelai dua untuk dua beradik tu. Tunggu alang balik dan cuti. 
Kesibukan alang buat semua nya serba tak lengkap. Lagi pula hari raya nanti alang kena bertugas jadi memang tak meriah lah.Raya kali ni balik umah abah  memandangkan ini kali pertama kami semua beraya tanpa emak. Ya Allah..kuatkan semangat abah dan juga semangat kami adik beradik. Sesungguhnya tak tahu keadaan pagi raya nanti macam mana. Ngah dan kak lang beraya di rumah mertua. Along pula kena kerja. Tinggal aku sorang beraya di rumah abah kali ni. Aku kena kuat. Biasanya pagi raya lepas bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan bergerak jalan kaki menuju rumah paklong dan adik beradik abah. Juga jiran terdekat yang sempat. Tapi tahun ini berbeza. Tak tahu macam mana keadaan tu nanti. 

Semasa arwah mak ada, mak akan jalan perlahan sambil anak anak pimpin gilir gilir memandangkan mata mak kurang jelas. Takut terjatuh bahaya. Nak naik tangga rumah orang pun pun mak akan langkah berhati-hati. Tapi tahun ni mak dah tak ada. Tak ada lagi nak pimpin tangan .Hanya tinggal kenangan. Ya Allah..sebak rasa dada. Kuatkan semangatku ya Allah..Moga mak tenang di sana..


Kerana rindukan masakan arwah mak, aku cuba buat kuih gunting yang juga kegemaran abah. Sebenarnya aku memang tak pandai dan memang tak tahu nak buat kuih tu macam mana. Dulu masa mak ada, aku tukang gunting dan goreng gilir gilir dengan kakak. Bab adun dan uli, mak yang buat. Bila mak tak ada, aku mati kutu. aku tanya ngah, dia jawab buat macam kulit karipap tapi marjerin lebih sikit. Ngah tak sempat nak buat, ko buatla dik. Aku garu kepala. Tengok internet resepi gugle banyak tapi versi mak punya memang tak ada. Ya Allah...tawakkal padamu ya rabbi..

Aku cuba buat 1kg tepung digaul bersama bawang goreng, udang kering marjerin dan sedikit garam. Air secukupnya. Sambil uli sambil teringat kat mak. Terasa seakan mak ada tengok  aku buat. Mula-mula uli macam tak jadi tapi aku teruskan jua. Siap uli, aku tenung adunan tu balik..betul ke ni. Argh..cuba dulu..tak jadi makan je sorang. Er...

Siap canai dan gunting, proses goreng. Smua aku buat sorang. Kalau mak ada mesti mak terharu tengok aku buat kuih kegemaran mak dan abah. Dan..alhamdulillah aku rasa macam jadi. Aku siap pack satu balang untuk bagi abah rasa time buka. Lepas solat asar, singgah umah abah dan bagi balang kuih tu kat abah. Abah diam pandang balang kuih gunting tu. Lepas tu dia letak kat almari.
"Abah rasa la nanti lepas buka ya bah" aku cakap perlahan tahan sebak. Aku tau abah mesti teringat kat mak. Mesti abah tak sangka aku bole buat walaupun rasa tak tau macam mana lagi. Abah angguk.


Lega walaupun sebak. Lepas buka aku terus tepon tanya ngah, ngah cakap abah makan. Tapi ada kurang skit, udang tak banyak. Tapi memang lembut dan rapuh. alhamdulillah..percubaan pertama walaupun tak macam mak buat tapi ada rasa. Next time boleh cuba lagi kalau aku tak sibuk. Apapun, hajat abah nak makan kuih gunting dah dapat aku tunaikan. Walaupun tak sama tak serupa sekurang-kurangnya dapat ubati kerinduan abah pada kuih gunting mak.




Inilah dia kuih gunting versi arwah mak