Followers

Tuesday, July 7, 2015

Kuih Gunting Mak

Hari ini masuk hari ke 21 ramadhan. Cepatnya masa berlalu dan tinggal berbaki 10 hari saja lagi. Persiapan pun belum buat apa lagi. Betul..memang belum prepare apa pun even sehelai baju raya untuk diri sendiri dan kenit dua orang tu pun belum beli lagi. Tahun ini memang suram dan segala nya belum ready. Tapi insyaallah tunggu hujung minggu ini akan cari juga sehelai dua untuk dua beradik tu. Tunggu alang balik dan cuti. 
Kesibukan alang buat semua nya serba tak lengkap. Lagi pula hari raya nanti alang kena bertugas jadi memang tak meriah lah.Raya kali ni balik umah abah  memandangkan ini kali pertama kami semua beraya tanpa emak. Ya Allah..kuatkan semangat abah dan juga semangat kami adik beradik. Sesungguhnya tak tahu keadaan pagi raya nanti macam mana. Ngah dan kak lang beraya di rumah mertua. Along pula kena kerja. Tinggal aku sorang beraya di rumah abah kali ni. Aku kena kuat. Biasanya pagi raya lepas bermaafan sesama ahli keluarga, kami akan bergerak jalan kaki menuju rumah paklong dan adik beradik abah. Juga jiran terdekat yang sempat. Tapi tahun ini berbeza. Tak tahu macam mana keadaan tu nanti. 

Semasa arwah mak ada, mak akan jalan perlahan sambil anak anak pimpin gilir gilir memandangkan mata mak kurang jelas. Takut terjatuh bahaya. Nak naik tangga rumah orang pun pun mak akan langkah berhati-hati. Tapi tahun ni mak dah tak ada. Tak ada lagi nak pimpin tangan .Hanya tinggal kenangan. Ya Allah..sebak rasa dada. Kuatkan semangatku ya Allah..Moga mak tenang di sana..


Kerana rindukan masakan arwah mak, aku cuba buat kuih gunting yang juga kegemaran abah. Sebenarnya aku memang tak pandai dan memang tak tahu nak buat kuih tu macam mana. Dulu masa mak ada, aku tukang gunting dan goreng gilir gilir dengan kakak. Bab adun dan uli, mak yang buat. Bila mak tak ada, aku mati kutu. aku tanya ngah, dia jawab buat macam kulit karipap tapi marjerin lebih sikit. Ngah tak sempat nak buat, ko buatla dik. Aku garu kepala. Tengok internet resepi gugle banyak tapi versi mak punya memang tak ada. Ya Allah...tawakkal padamu ya rabbi..

Aku cuba buat 1kg tepung digaul bersama bawang goreng, udang kering marjerin dan sedikit garam. Air secukupnya. Sambil uli sambil teringat kat mak. Terasa seakan mak ada tengok  aku buat. Mula-mula uli macam tak jadi tapi aku teruskan jua. Siap uli, aku tenung adunan tu balik..betul ke ni. Argh..cuba dulu..tak jadi makan je sorang. Er...

Siap canai dan gunting, proses goreng. Smua aku buat sorang. Kalau mak ada mesti mak terharu tengok aku buat kuih kegemaran mak dan abah. Dan..alhamdulillah aku rasa macam jadi. Aku siap pack satu balang untuk bagi abah rasa time buka. Lepas solat asar, singgah umah abah dan bagi balang kuih tu kat abah. Abah diam pandang balang kuih gunting tu. Lepas tu dia letak kat almari.
"Abah rasa la nanti lepas buka ya bah" aku cakap perlahan tahan sebak. Aku tau abah mesti teringat kat mak. Mesti abah tak sangka aku bole buat walaupun rasa tak tau macam mana lagi. Abah angguk.


Lega walaupun sebak. Lepas buka aku terus tepon tanya ngah, ngah cakap abah makan. Tapi ada kurang skit, udang tak banyak. Tapi memang lembut dan rapuh. alhamdulillah..percubaan pertama walaupun tak macam mak buat tapi ada rasa. Next time boleh cuba lagi kalau aku tak sibuk. Apapun, hajat abah nak makan kuih gunting dah dapat aku tunaikan. Walaupun tak sama tak serupa sekurang-kurangnya dapat ubati kerinduan abah pada kuih gunting mak.




Inilah dia kuih gunting versi arwah mak



2 comments:

  1. Salam Yus,
    TerimaKasih sesungguhnya sudi datang keblognya bu Ratna dan selamat berkenalan dengannya Yus nan budiman.

    Detikan hatinya Yus begitu murni didalam mengingati arwah-emaknya Yus, semoga dihari lebaran nanti Yus bertabah hati & perasaan ya... masih ada abah dan adik-beradik semua dan pastinya meriah jua... percubaan pertama demi arwah-emak Yus dan kuih kegemaran abah Yus yang lagi bermakna karena kuih gunting telah disempurnakan dari airtangan Yus sendiri.
    Salam mesra dan sampai nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam Lebaran buat bu Ratna nun jauh di sana..terima kasih atas ingatan dan kata kata semangat agar kuat menghadapi lebaran ini. Alhamdulillah dapat laluinya dengan hati yang tenang dan tabah biarpun jauh di sudut hati terasa sebak dan sunyi..

    ReplyDelete