Menu semalam ketam masak kari express. Resepi untuk orang bujang pun bole. Hujan-hujan bila makan lauk macam ni ngan nasi panas pun dah kira sedap. Suka anak-anak k.long makan sampai tambah nasi. Aku bagi dorang makan dulu sementara nak tidokan bam bam. Habis saja endoi, tengok dalam periuk dah tinggal sepit ketam..
Sian anak buah aku mesti dorang lapar lagipun aku tau dorang jarang dapat makan macam ni. Aku tak kisah janji dorang suka dan alang pun suka.
Resepi ni mak yang bagi tapi kalau ikut mak, suka buat kuah pekat tak cair. Tapi kesian kat dorang pulak takut tercekik. Semestinya kalau mak masak laaagi sedap...air tangan mak memang terbaik!
Bahan-bahan
3 ekor ketam sederhana dibersihkan dan potong 2
Sebiji bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
2 sudu besar rempah kari +sedikit air jadikan pes
garam dan perisa
air secukupnya
Cara-caranya
Tumiskan bawang merah, putih dan halia sampai layu.
Masukkan pes kari dan kacau sebentar
Masukkan ketam, kacau dan tuang sedikit air. Tutup dengan penutup periuk sekejap
Perasakan dengan garam dan perisa.
Angkat dan boleh dihidangkan..
Followers
Wednesday, November 14, 2012
Monday, November 12, 2012
Cara Manis
Kuih cara manis ni dah buat minggu lepas buat tapi baru nak masuk dalam entri hari ni. Resepi ambil dari internet tapi ya ampuunn...bole lupa nak amik dari blog siapa. Nanti kalau jumpa update balik. Rupanya senang nak buat kuih ni. Antara rajin dengan tidak jer..
Erk..saya budak baru belajar..banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi kalau untuk makan sendiri, yang ni pun dah kira ckup sedap! Tengokla tu ada yang dah garing sangat..Hee... :)
Resepi seperti di bawah
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 helai daun pandan (blender dengan sedikit air utk dapat jus pandan)
sedikit pewarna hijau
Telur 2 biji
sedikit garam
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dalam blender dan mesin
Tuang dan tapis adunan
Panaskan acuan atas api kecil dan lengserkan sedikit minyak . Tuang adunan dan selepas itu masuk kan gula kedalam nya.
Tutup acuan sebentar dan tunggu hingga masak. Angkat
Erk..saya budak baru belajar..banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi kalau untuk makan sendiri, yang ni pun dah kira ckup sedap! Tengokla tu ada yang dah garing sangat..Hee... :)
Resepi seperti di bawah
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 helai daun pandan (blender dengan sedikit air utk dapat jus pandan)
sedikit pewarna hijau
Telur 2 biji
sedikit garam
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dalam blender dan mesin
Tuang dan tapis adunan
Panaskan acuan atas api kecil dan lengserkan sedikit minyak . Tuang adunan dan selepas itu masuk kan gula kedalam nya.
Tutup acuan sebentar dan tunggu hingga masak. Angkat
Monday, November 5, 2012
Hepi Belated Birthday Mama Q!
Entry ini ditujukan buat mama Q...dah terlewat so nak wish Heppy Belated Birthday Mama! Semoga dipermudahkan segala urusan...dilindungi dan diberkati selalu olehNya. Moga sihat-sihat selalu jadi boleh update entry baru selalu huhu...
Blog beliau sering kuintai cinta dalam rahsia untuk cuba resepi baru. Selalunya dah cuba tapi tak ambil gambar jadi tak dapat nak letak kat entry. Tapi ada satu entry buat scone memang syeedddap lor. Bukan apa.. blog mama senang nak faham sebab simple dan tak grand sangat. Cukup sekadar faham step by step tak perlu gambar canggih lighting canggih manggih untuk hasilkan gambar terbaik. Janji gambar semua bahan cukup terang. Eh, minta maaf bukan tak suka blog blogger masakan lain yang siar gambar cantik, itu lagi bagus. Cuma nya aku rasa mama nak senangkan kita faham bahan masakan yang mama guna.
K la mama..tak ada hadiah special selain doa di kejauhan ini. Teruskan masak sedap-sedap tau! Sekarang dah pandai bangun awal pagi subuh-subuh konon konon nak masak macam mama buat time orang semua tido, kita berjaga..tapi kan..aku bukan buat catering la...apa kes nak tiru mama tu. Hek eleh...perasan la budak sorang ni. Heee...tapi satu kejayaan besar masa raya haji aritu dapat buat pulut kuning, kuah kari telur dengan 2 biji brownies choc cheese. Bangun jam 5 pagi hehehe penat tak terkata. Maklumlah baru belajar.Tapi sayang, sekeping gambar pun tak dapat nak snap sebab penat punya pasal. Apapun hepi sebab semua orang suka makan juadah tu. Mekasih mama sumber inspirasi nak masuk dapur masak-masak.
Last but not least, terimalah sepotong coklat brownies with vanilla ice cream sempena besday mama yang ke...?
Kita makan bagi pihak mama yer..
Subscribe to:
Posts (Atom)


