Followers

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

 
 
Cantiknya tarikh hari ni
Nak abadikan juga walaupun tak ada entry yang best pun
hari ni juga dah 12 hari bam bam dihantar ke rumah pengasuh baru
setelah 'pengasuh lama' beri short notis tanpa belas kasihan 48 jam nak berenti jaga bam bam
alasan yang tak kukuh dan pengecut
bila datang ambil barang, hilang entah ke mana
hanya anak beliau saja yang ada
bagitau yang mak dia pergi pasar
walhal sebelum itu dalam telefon sang suami kakak tu suruh datang segera ambil barang
x apalah orang buat kita hari ni
esok lusa kita tak tau nasib masing-masing
 
 
 
12 hari juga meredah trafik jammed hampir satu jam
berbanding sebelum ini 15minit saja dari rumah
berkorban demi bam bam
segala nya untuk bam bam tersayang
cepat besar ya sayang!
 
 
bam bam yang semakin tembam! :) 
 

Wednesday, November 14, 2012

Ketam Masak Kari Express

Menu semalam ketam masak kari express. Resepi untuk orang bujang pun bole. Hujan-hujan bila makan lauk macam ni ngan nasi panas pun dah kira sedap. Suka anak-anak k.long makan sampai tambah nasi. Aku bagi dorang makan dulu sementara nak tidokan bam bam. Habis saja endoi, tengok dalam periuk dah tinggal sepit ketam..

Sian anak buah aku mesti dorang lapar lagipun aku tau dorang jarang dapat makan macam ni. Aku tak kisah janji dorang suka dan alang pun suka.

Resepi ni mak yang bagi tapi kalau ikut mak, suka buat kuah pekat tak cair. Tapi kesian kat dorang pulak takut tercekik. Semestinya kalau mak masak laaagi sedap...air tangan mak memang terbaik!


Bahan-bahan
3 ekor ketam sederhana dibersihkan dan potong 2
Sebiji bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
2 sudu besar rempah kari +sedikit air jadikan pes
garam dan perisa
air secukupnya

Cara-caranya
Tumiskan bawang merah, putih dan halia sampai layu.
Masukkan pes kari dan kacau sebentar
Masukkan ketam, kacau dan tuang sedikit air. Tutup dengan penutup periuk sekejap
Perasakan dengan garam dan perisa.
Angkat dan boleh dihidangkan..

Monday, November 12, 2012

Cara Manis

Kuih cara manis ni dah buat minggu lepas buat tapi baru nak masuk dalam entri hari ni. Resepi ambil dari internet tapi ya ampuunn...bole lupa nak amik dari blog siapa. Nanti kalau jumpa update balik. Rupanya senang nak buat kuih ni. Antara rajin dengan tidak jer..

Erk..saya budak baru belajar..banyak lagi yang kena perbaiki. Tapi kalau untuk makan sendiri, yang ni pun dah kira ckup sedap! Tengokla tu ada yang dah garing sangat..Hee... :)



 


Resepi seperti di bawah


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 helai daun pandan (blender dengan sedikit air utk dapat jus pandan)
sedikit pewarna hijau
Telur 2 biji
sedikit garam


Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dalam blender dan mesin
Tuang dan tapis adunan
Panaskan acuan atas api kecil dan lengserkan sedikit minyak . Tuang adunan dan selepas itu masuk kan gula kedalam nya.
Tutup acuan sebentar dan tunggu hingga masak. Angkat