Followers

Wednesday, June 24, 2015

Rezeki Hari Ini

Dalam bulan puasa macam ni, kantin di base camp memang akan buka jualan lauk pauk untuk para ibu dan staff yang tak dapat nak masak untuk buka puasa. Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli nya memandangkan jarak perjalanan balik rumah mengambil masa satu jam lima belas minit. Memang tak sempat nak masak la jawabnya.

Kali ini turun awal sikit nak tengok menu apa yang ada. Sekali tengok, mak aih...ramainya orang..bukan mak mak saja tapi bapak bapak pun ada termasuklah lelaki-lelaki bujang sibuk membungkus makanan. Aku tengok ada sorang pakcik tua kira dalam 40 an la sedang cedok nasi dalam bekas polisterin. Banyak. Beberapa beg plastik berisi lauk juga sudah ada di tangan. Aku perati kan je. Dalam hati berkira-kira juga tak sempat nak masak nasi ke. Awal lagi. Kebiasaannya yang selalu tapau nasi, non muslim saja. Kat tempat aku ni memang ada non muslim. Takkan isteri tak masak kot..ish banyak betul persoalan yang aku pikir. Astaghfirullah..tak baik buruk sangka dalam puasa ni..berdosa.Ya allah..ampunkan dosaku Kurang pahala puasa..Tak apala, bersangka baik saja. Mungkin memang tak sempat kot nak masak nasi.


Dalam keriuhan makcik makcik kat dalam kantin minta plastik untuk isi makanan, aku cepat-cepat menyelit untuk ambil lauk. Kalau lambat nanti habis. Pun berpusu-pusu orang datang. Selesai pilih lauk, terus ke kaunter bayaran. Menu kali ini ikan masak asam rebus seekor, kurma daging dan sotong masak kuning. Juga sikit sup kosong untuk budak budak kenit tu nanti. Jadilah untuk hari ni kira banyak dah tu.

Terpandang satu juadah kuih badak berendam kalau tak silap. Aku pegang yang dah siap pack. Panas lagi. Aduhai..teringin nak rasa. Tapi takut membazir pulak. Kalau beli pun tak apa..(pujuk ati). Lagipun kuih pemanis mulut tak ada lagi ni. Aish..jangan macam macam..nafsu time macam ni memang semua nak. Lantas aku letak balik. Tiba-tiba makcik kantin panggil nama aku, 

"kau makan tak kuih tu" aku sengih. "Makan. Tapi tak pelah esok-esok saya beli la cik. Lagipun dah banyak ni beli. 

"Ha..nah amik ni acik sedekah". spontan makcik kecik tu ambil sebungkus kuih badak berendam tu hulur kat aku. Terkedu aku. "eh..tak pe cik saya...." "..amik...acik ikhlas sedekah. 
Dah, pegi balik." (uiks..macam halau jer hee hee)

Aku keluarkan duit nak bayar direct tapi makcik tu boleh jalan laju tinggalkan aku tak nak duit yang aku nak bayar. Siap geleng kepala tak nak .Aduhai makcik ni..segan aku. Memang dah selalu beli lauk kat kantin tu jadi dia tak berkira. "Lainkali kalu nak bayar, bagitau acik, nanti acik kasi diskaun, kalau dengan pakcik tak dapat.." pesan beliau sebelum aku beredar ucap terima kasih.

Besar sungguh kuasa Allah. Memang aku nak makan pun kuih tu tapi takut bazir (tapi yang betulnya duit gaji belum masuk lagi jadi kena berjimat). Tapi Allah maha pengasih lagi maha penyayang beri rezeki tatkala kita dalam kesempitan dan mendengar setiap doa hamba-hambaNya. Allahuakbar..syukran Ya allah





                                                         Inilah dia kuih badak berendam tu



                                                                      lauk pauk



   
sotong masak kuning






Tuesday, June 23, 2015

Salam Ramadhan Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahimm...


Ramadhan ke enam 2015 pembuka bicara setelah tiga tahun tak dapat buka blog. Alasan yang skeptikal kot..tak tau nak mula dari mana. Tapi dalam kepala dah banyak nak coret dalam blog ni. Rindu yang amat sangat nak berblog macam dulu. Harapnya dapat teruskan walau kekangan masa yang memang punca utama nya

Kalau ikutkan hati mahu saja buat blog baru tapi sayang sebab dalam blog ni pun ada kenangan nya. Jadi..teruskan sajalah. Lagipun bukan untuk apa pun, buat rujukan di masa akan datang. Diakui blog ini memang sunyi sebabnya aku tak banyak kawan-kawan maya hihi..sekadar blogwalking tanpa tinggal komen. Pemalu yer gak.. Tapi tak mengapa, insyaallah akan diperbaiki lagi lagi blog ni dari masa ke semasa insyaallah. Moga-moga blog ni akan hidup macam dulu..amin..









Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

 
 
Cantiknya tarikh hari ni
Nak abadikan juga walaupun tak ada entry yang best pun
hari ni juga dah 12 hari bam bam dihantar ke rumah pengasuh baru
setelah 'pengasuh lama' beri short notis tanpa belas kasihan 48 jam nak berenti jaga bam bam
alasan yang tak kukuh dan pengecut
bila datang ambil barang, hilang entah ke mana
hanya anak beliau saja yang ada
bagitau yang mak dia pergi pasar
walhal sebelum itu dalam telefon sang suami kakak tu suruh datang segera ambil barang
x apalah orang buat kita hari ni
esok lusa kita tak tau nasib masing-masing
 
 
 
12 hari juga meredah trafik jammed hampir satu jam
berbanding sebelum ini 15minit saja dari rumah
berkorban demi bam bam
segala nya untuk bam bam tersayang
cepat besar ya sayang!
 
 
bam bam yang semakin tembam! :)