Dulu dulu masa muda remaja suka tangkap gambar makanan termasuklah gambar biskut biskut raya bila beraya
Tapi sejak kamera compactku hilang sewaktu berpindah beberapa tahun lalu, terus berkubur semangat nak ambil gambar
Kamera handphone juga kualiti semakin kurang kerana calar yang amat. Ambil gambar pun macam duduk dalam kabus. Kabur sungguh
Jadi kesempatan beraya bersama abah dan juga adik bongsuku waktu raya yang lalu, aku pinjam kamera handphone beliau.
Adik geleng kepala tengok aku amik gambar biskut raya. Aku bagi alasan, biskut tu cantik tak ada kat umah kita..hee hee..
Tak banyak pun cuma sekeping dua..
Kek kukus lumut umah pak imam. Semua sedap tak terkata! |
Baulu cermai warna warni umah nenek aji tempat aku mengaji kecik kecik |
Biskut samprit dahlia..umah nenek aji jugak |
Samprit bunga cina new version |
No comments:
Post a Comment